Wanita jadi ibu tunggal sekelip mata tak sempat merasa duit KWSP suami RM400k, rupanya ibu mentua diletak sebagai penama

Photo of author

By Joe

Wanita jadi ibu tunggal sekelip mata tak sempat merasa duit KWSP suami RM400k, rupanya ibu mentua diletak sebagai penama. Menguruskan isu penamaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semasa pemilik akaun masih hidup bukanlah bermakna kita mendoakan perkara buruk.

Ia adalah langkah bijak untuk melindungi harta bagi keluarga yang ditinggalkan. Jika suami atau isteri pergi buat selamanya, sekurang-kurangnya tidak akan timbul isu di masa hadapan.

KWSP suami ada RM400,000.

Wanita jadi ibu tunggal sekelip mata tak sempat merasa duit KWSP suami RM400k, rupanya ibu mentua diletak sebagai penama
Gambar sekadar hiasan

Namun, nasib malang yang menimpa seorang wanita ini patut dijadikan pengajaran untuk semua. Melalui sebuah pendedahan di TikTok, wanita tersebut menjadi ibu tunggal dalam sekelip mata setelah kehilangan suami tercinta. Allahyarham dilaporkan meninggalkan wang KWSP sebanyak RM400,000, yang pastinya dapat membantu menyara kehidupan isteri dan anak-anaknya untuk beberapa tempoh tertentu.

Mak telah membuat tuntutan kerana beliau adalah penama dalam akaun KWSP suami.

Malang sekali, hasrat isteri untuk mengeluarkan wang itu tidak kesampaian. Ketika beliau ingin membuat tuntutan di pejabat urusan KWSP, barulah beliau mengetahui bahawa suaminya selama ini telah meletakkan nama ibunya sebagai penama dalam akaun tersebut.

Ya Allah, kenapa mak buat saya dan anak-anak macam ini?

Wanita tersebut beranikan diri untuk meminta budi bicara agar wang itu dibahagikan mengikut faraid. Namun, ibu mentuanya enggan bertemu, apatah lagi untuk berkongsi duit tersebut. Ternyata, sejak sebelum berkahwin lagi, Allahyarham suaminya memang telah meletakkan ibunya sebagai penama dan ia tidak pernah diubah. Dia merasa sangat buntu memikirkan nasibnya yang tidak ubah seperti jatuh ditimpa tangga.

Baca Lagi:
Kos bina cecah RM898 juta tapi digelar lapangan terbang paling sunyi di dunia
Tiada lagi jenama kegemaran wanita, Tupperware bakal tutup kilang
Bekas pelajar UNITEN tak malu jual teh masala atas basikal kerana sebulan raih pendapatan cecah RM100,000