Penyanyi terkenal era 1980 an umum sertai PAS

Penyanyi terkenal era 1980 an umum sertai PAS

Penyanyi terkenal era 1980 an umum sertai PAS. Penyanyi popular era 1980-an, Dayangku Intan atau nama sebenarnya Tengku Intan Abdul Hamid mengumumkan menyertai Pas pada Sabtu.

Beliau mengakui tidak sangka bersama Pas kerana selama ini takut dengan parti Islam itu lebih-lebih lagi statusnya sebagai artis.

“Saya dimomokkan dengan pelbagai cerita tentang Pas. Jadi saya takut, ditambah pula saya seorang artis.
“Tapi mengimbau semula pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), saya sebenarnya banyak di pentas Pas untuk bersama-sama membawa kemenangan kepada PR (Pakatan Rakyat) waktu itu,” katanya.

Penyanyi terkenal era 1980 an umum sertai PAS

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman penyertaan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin ke dalam Pas.

Jelasnya, ketika itu ramai dalam kalangan Muslimat Pas yang mengajaknya menyertai parti itu tetapi hatinya masih belum terbuka.

Tambah Dayangku Intan, keputusannya menyertai Pas bukan untuk mendapatkan apa-apa imbuhan tetapi tertarik dengan cara parti itu.

“Jadi jika saya dipanggil untuk memberi ceramah untuk mengajak orang ramai menyertai Pas saya bersedia,” katanya.

Penyertaan Dayangku Intan di dalam politik pada awalnya bermula dengan UMNO, namun dia memilih menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2012 sebelum membuat keputusan keluar parti itu selepas PR dibubarkan pada 2015.

Beliau juga pernah bertanding atas tiket PKR di kerusi Parlimen Pengerang, Johor pada PRU13, namun tewas.

Baca Lagi:
Selalu mimpi ibu mertua bagi anjing hitam kat bilik tidur, minta tolong ustaz scan dari jauh akhirnya terbongkar
Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara nak claim
Janganlah kahwin dekat Thailand, jadikan kisah ini sebagai pengajaran
CATEGORIES