Penyanyi lagu legenda ‘Widuri’ Bob Tutupoly meninggal dunia

Penyanyi lagu legenda ‘Widuri’ Bob Tutupoly meninggal dunia

Penyanyi lagu legenda ‘Widuri’ Bob Tutupoly meninggal dunia.

Penyanyi lagu legenda, Widuri, Bob Tutupoly meninggal dunia hari ini di Hospital Mayapada, Jakarta pada usia mencecah 82 tahun.

Berita itu disahkan isterinya, Rosmayasuti Nasution, kepada media tempatan.

Penyanyi lagu legenda 'Widuri' Bob Tutupoly meninggal dunia

“Telah pulang bapa ke syurga dalam damai, suami; papa; papa mentua; pakcik kami yang tersayang, Bob Tutupoly,” katanya dipetik Tribune News.

Pemilik nama sebenar Bobby Willem Tutupoly itu semasa hayatnya juga dikenali sebagai pelakon dan pengacara.

Anak jati kelahiran Surabaya, Jawa Timur itu terkenal dengan lagi Widuri hasil ciptaan Slamet Adriyati.

Bakat menyanyi Bob Tutupoly dilihat sejak kecil dan dia memanfaatkan bakatnya itu untuk mendapat wang tambahan.

Tidak hanya menjadi penyanyi solo, pada awal kariernya Bob Tutupoly juga sempat bergabung dengan beberapa group vokal dan band.

Dia juga pernah menyanyi di hotel dan menjadi pengisi acara tarian dalam kalangan atasan.

Ketika hayatnya dia pernah dianugerahkan sebagai pemenang pertama dalam Festival Lagu Popular 1980 di Jepun.

Antara lagu-lagu lain dipopularkan Bob Tutupoly ialah Lidah Tidak Bertulang, Tiada Maaf Bagimu dan Tinggi Gunung Seribu Janji.

Selain itu dia pernah membintangi beberapa filem seperti Penasaran (1977), dan Sebelah Mata (2008).

Baca Lagi:

[VIDEO] Isteri serang suami sedang asyik menari dengan penyanyi wanita

Pelakon, penyanyi Lufya diserang dengan kayu dalam cubaan culik anak perempuan, sempat tumbuk alat sulit penyerang.

Penyanyi Tuah Adzmi terdesak jual Mini Cooper RM18,000 sahaja

CATEGORIES