[VIDEO] Isteri serang suami sedang asyik menari dengan penyanyi wanita

[VIDEO] Isteri serang suami sedang asyik menari dengan penyanyi wanita

[VIDEO] Isteri serang suami sedang asyik menari dengan penyanyi wanita.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang isteri yang mengamuk apabila mendapati suaminya ligat berjoget dengan penyanyi dangdut di atas pentas, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48. Kejadian berlaku ketika beberapa lelaki dilihat sedang menari di atas pentas diiringi nyanyian dan muzik.

Rakaman kemudian menunjukkan seorang wanita berlari meluru ke atas pentas berkenaan dalam keadaan marah lalu mengambil dan melempar sebuah kerusi ke tanah.

Wanita itu kemudian mengheret seorang lelaki berbaju putih yang dikatakan suaminya di pentas tersebut.

Lelaki itu kelihatan terkejut ketika ditarik oleh isterinya yang mengamuk.

Wanita itu cuba memukul lelaki tersebut sebelum kedua-duanya terjun ke atas tanah dan dileraikan oleh beberapa lelaki lain.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Lelaki garang itu ternyata takut dengan isterinya,’’ tulis seorang netizen.

“Malunya si isteri,’’ komen netizen lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andre Li (@andreli_48)

CATEGORIES