Penyanyi Darkkey Nagaraja dapat gelaran Dato?, siap kongsi gambar lengkap sut di Istana

Penyanyi Darkkey Nagaraja dapat gelaran Dato?, siap kongsi gambar lengkap sut di Istana

Penyanyi Darkkey Nagaraja dapat gelaran Dato?, siap kongsi gambar lengkap sut di Istana. Pemuzik dan penyanyi Sambarock tanah air, Darkkey Nagaraja menerima pelbagai komen daripada netizen apabila memuat naik gambarnya yang lengkap berpakaian sut di ‘istana’ dan mengaku telah menerima gelaran Dato’.

Darkkey tidak berkongsi lanjut tentang gelaran yang diterimanya tetapi berkata ia satu kebanggaan baginya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua (peminat) yang percaya dengan perjalanan seni saya sejak dari mula,” tulisnya.

Penyanyi Darkkey Nagaraja dapat gelaran Dato?, siap kongsi gambar lengkap sut di Istana

Gambar dikongsinya menunjukkan beliau sedang berdiri di hadapan dua kerusi takhta di sebuah dewan dan turut menulis nama ‘Dato Darkkey Nagaraja’ mengakhiri perkongsiannya itu.

Rata-rata netizen bagaimanapun mempersoalkan kesahihan gelaran yang diterima Darkkey. Salah seorang pengguna, Muhammad Farez terlihat tulisan no entry pada tangga di belakang Darkkey. “No entry? Muzium ke ni?” tulisnya.

“Darkkey , saya peminat anda tetapi selepas melihat perkongsian ini di Instagram, saya lihat background dan saya rasa kecewalah.

“Saya tak pasti ada orang scam awak atau tidak tetapi istana sebenar rupanya tidak begini. Kesan stapler pun elok-eloklah sedikit. Apa pun, all the best dan saya memang suka persembahan anda,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Begitu juga ada yang mempertikaikan tirai dewan itu yang nampak murahan selain dewan tersebut menggunakan ‘tingkap nako’.

Berdasarkan semakan portal New Straits Times, tiada upacara anugerah gelaran berlangsung di Istana pada tarikh gambar tersebut di muat naik.

Sementara itu, Darkkey masih tidak membuat sebarang kenyataan terkini tentang kesahihan gelaran Dato diterimanya.

Baca Lagi:
Shuib jelaskan kenapa anak sulungnya tak pakai baju sedondon ketika majlis pertunangan dengan Watie
“Di sinilah kerusi saya duduk sebelah Mahathir waktu dipecat 25 tahun dulu,”-Anwar
Rakyat Indonesia sudah boleh guna wang Rupiah di Malaysia
CATEGORIES