
Penumpang panik, Pesawat British Airways dilanda ‘banjir’ di udara
Penumpang panik, Pesawat British Airways dilanda ‘banjir’ di udara.
Sebuah pesawat Airbus A380 milik syarikat penerbangan British Airways dilanda ‘banjir’ ketika berada pada ketinggian 9,144 meter di udara akibat masalah kerosakan unit simpanan air, lapor portal berita MailOnline, semalam.
Limpahan air yang tidak berhenti mencurah di kawasan penumpang kelas ekonomi telah menimbulkan kekecohan dalam penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow menuju ke Washington.
Menurut wakil syarikat British Airways, tiada sebarang kerosakan yang dilaporkan akibat ‘banjir mini’ itu dan menegaskan air yang melimpah keluar adalah bersih.
“Insiden ini tidak melibatkan apa-apa isu keselamatan pesawat dan air yang mencurah adalah bekalan air bersih.
“Pesawat mendarat dengan selamat seperti yang dijadualkan dan injap unit simpanan air telah diganti dengan segera,” demikian menurut kenyataan British Airways.
Ini adalah kali pertama insiden banjir melanda mana-mana pesawat Airbus milik British Airways, namun kejadian serupa pernah dilaporkan ke atas pesawat Airbus lain.
British Airways A380 cabin fills with water from the upper deck during a flight between Heathrow to Washington DC. The aircraft continued for a safe landing in Washington. https://t.co/Kx7E0JlCX5 pic.twitter.com/UOv7LOflsC
— Breaking Aviation News & Videos (@aviationbrk) June 14, 2022
Baca Lagi:
Aksi Tepuk Punggung: PU Amin tegur perbuatan tak senonoh usahawan produk
Tular video pemain skuad Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam