Peniaga terkejut terima duit RM10 ‘rare’ dari pelanggan, tak sangka ada 2 kepala Agong

Photo of author

By Joe

Peniaga terkejut terima duit RM10 ‘rare’ dari pelanggan, tak sangka ada 2 kepala Agong. Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Izzudin Radin yang memaparkan duit yang diterima daripada pelanggan telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Izzudin yang terlalu sibuk berniaga sehingga tidak menyedari dia sudah menerima duit bernilai RM10 yang ‘pelik’.

Malah, dia terpaksa menanggung kerugian akibat tindakan pelanggan yang mungkin tersalah memberikan duit itu.

Peniaga terkejut terima duit RM10 'rare' dari pelanggan, tak sangka ada 2 kepala Agong

Tengah-tengah meniaga tak perasan ada orang bagi duit rare macam ni.

Difahamkan, duit bernilai RM10 yang terkoyak itu telah dicantumkan semula dengan menggunakan duit yang sama menggunakan sellotape.

@izzudinradinTengah2 meniaga tak perasan ada orang bgi duit rare macam nih.lai lai lai sapa nak beli duit unit ni😝

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Black Bull RM LIVE

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah meninggalkan reaksi positif dengan bersangka baik dan menganggap itu adalah rezeki untuknya.

Untung la, duit kome ada 2 agong – Netizen.

“Susah nak dapat duit 2 kepala tu.. huhuhuhu.. biasa lah kalau berniaga ni macam-macam jumpa duit orang bagi.. sabar je lah,” tulis seorang warganet.

“Ikhlaskan jer bang semoga Allah melipat gandakan rezeki abang selepas ni amiin,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Baca Lagi:
Ini cara nak dapatkan semula sijil PMR, SPM, STPM yang hilang atau rosak
TMJ mahu berjumpa dengan Wan Mahussin selepas menonton video di Facebook
Telefon bimbit, jam tangan pintar akan diharamkan di sekolah