Telefon bimbit, jam tangan pintar akan diharamkan di sekolah

Telefon bimbit, jam tangan pintar akan diharamkan di sekolah

Telefon bimbit, jam tangan pintar akan diharamkan di sekolah. Telefon bimbit, tablet dan jam tangan pintar akan diharamkan daripada bilik darjah di Belanda mulai 1 Januari 2024, kata kerajaan negara itu dalam usaha untuk mengehadkan gangguan semasa pembelajaran, lapor laman berita The Guardian semalam.

Peranti itu hanya akan dibenarkan jika ia diperlukan secara khusus, contohnya semasa pembelajaran mengenai kemahiran digital atas sebab-sebab perubatan atau untuk orang kelainan upaya.

Telefon bimbit, jam tangan pintar akan diharamkan di sekolah

“Walaupun telefon mudah alih saling berkaitan dengan kehidupan kita, ia tidak boleh digunakan di dalam bilik darjah.
“Pelajar-pelajar perlu menumpukan perhatian dan perlu diberi peluang untuk belajar dengan baik. Menurut kajian saintifik, telefon bimbit adalah gangguan. Kita perlu melindungi para pelajar daripada perkara ini,” kata Menteri Pendidikan, Robbert Dijkgraaf.

Larangan itu adalah hasil persetujuan antara kementerian, sekolah dan organisasi berkaitan.

Baca Lagi:
Pesakit terkejut terakam lembaga hitam muncul dalam wad hospital, netizen dakwa itu ‘Malaikat maut’
Gambar banduan akhir sebelum dihukum gantung jadi ‘surat cinta’
Banduan dedah diarah warden penjara baring atas lantai secara berbogel untuk ‘kopek durian’
CATEGORIES