Pengerusi TNB Hasan Ariffin letak jawatan

Pengerusi TNB Hasan Ariffin letak jawatan

Pengerusi TNB Hasan Ariffin letak jawatan. Bekas Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin meletakkan jawatan sebagai pengerusi bukan eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Hasan, 69, yang berkhidmat sebagai pengerusi TNB dari 1 Oktober 2021, akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2023, demikian menurut syarikat utiliti nasional itu dalam makluman di Bursa Malaysia.

Pengerusi TNB Hasan Ariffin letak jawatan

“Beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi atau pengarah dalam anak-anak syarikat di bawah kumpulan syarikat TNB.

“Lembaga Pengarah TNB menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Hasan Arifin di atas sumbangannya kepada syarikat,” katanya.

Hasan adalah Ahli Parlimen Rompin selama dua penggal. Beliau bagaimanapun tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti tipis 1,438 undi kepada calon Perikatan Nasional (PN) dari BERSATU, Datuk Abdul Khalib Abdullah.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Baca Lagi:
Banyak manfaat boleh dapat dari kisah hidup Safiey llias, “dahlah SPM perform, bisnes perform.” Tapi sayangnya…
Tambang bas sekolah dijangka naik sampai RM1,000 pada Januari
3 tahun tak bagi nafkah, Isteri terkejut jumpa suami sendiri di aplikasi cari jodoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *