Pengerusi AFL Datuk Mohd Yusoff Mahadi terkejut logo kelab Melaka ditukar

Pengerusi AFL Datuk Mohd Yusoff Mahadi terkejut logo kelab Melaka ditukar

Pengerusi AFL Datuk Mohd Yusoff Mahadi terkejut logo kelab Melaka ditukar. Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengakui tidak tahu logo baru kelab Melaka ditukar. Beliau mengetahui perkara tersebut selepas tular di media sosial.

Baru-baru ini Melaka FC telah memperkenalkan logo barunya sebagai tanda ianya tidak ada kaitan dengan kelab lama Melaka United. Perkara itu telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter miliknya.

Difahamkan kelab ini juga bakal beraksi dalam Liga M3 dan mungkin dibimbing oleh jurulatih daripada luar negara.

Pengerusi AFL Datuk Mohd Yusoff Mahadi terkejut logo kelab Melaka ditukar

“Saya cuma melihatnya setelah menjadi tular. Kami tidak dimaklumkan ada pertukaran yang berlaku.”

“Apa pun ia hak presiden MUSA untuk menentukan hala tuju dan apa jua perubahan dalam melaksanakannya,” katanya kepada Harian Metro.

Permulaan baru buat Melaka FC dalam mengharungi saingan Liga M3 musim depan sekaligus mensasarkan kepulangan ke Liga Super seawal musim 2024 dengan 10% pemain yang terdiri daripada anak jati Melaka.

Baca Lagi:
Hairan bilik air mak mertua selalu berlendir, bila tanya suami, dia tunduk malu dan aku mula korek cerita…
Masih ingat pelakon cilik MySarra?, Inilah gambar terkini beliau, makin cantik!
Pelajar tingkatan empat kantoi berkhalwat di hotel bajet Kota Bharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *