Pelajar tingkatan empat kantoi berkhalwat di hotel bajet Kota Bharu

Pelajar tingkatan empat kantoi berkhalwat di hotel bajet Kota Bharu

Pelajar tingkatan empat kantoi berkhalwat di hotel bajet Kota Bharu. Pelajar tingkatan empat ditahan selepas disyaki berkhalwat bersama seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dalam sebuah hotel bajet di sini, pagi tadi.

Pelajar berkenaan ditahan pada jam 4 pagi menerusi Operasi Ambang 2023 oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, remaja berkenaan memberi alasan keluar untuk menyambut tahun baru 2023.

Pelajar tingkatan empat kantoi berkhalwat di hotel bajet Kota Bharu

“Ketika operasi, remaja terbabit disyaki duduk berdua-duaan di bilik hotel dalam keadaan yang mencurigakan.

“Pasangan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana kesalahan khalwat yang menimbulkan syak dan bertentangan dengan hukum syarak.

“Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada operasi sama bermula 4 petang dan berakhir 4.30 pagi itu, seramai 11 wanita diberi notis kehadiran khidmat nasihat kerana berkelakuan tidak sopan, manakala satu kes diberi amaran keras.

Menurutnya, fokus utama operasi adalah untuk memantau dan menyedarkan masyarakat berkenaan kesalahan syariah.

“Kita menasihatkan kepada semua supaya tidak melakukan kesalahan syariah termasuk kemungkaran dan sentiasa menjaga diri.

“Selain itu, pihak kita juga mengedarkan risalah berkaitan kesalahan syariah kepada orang awam termasuk di pasar raya dan tempat tumpuan ramai untuk memberi kesedaran kepada masyarakat,” katanya.

Baca Lagi:
Adegan Aliff Aziz bermesra dengan Sophia Albarakbah, netizen mula risau terjadi ‘cinta lokasi’, kesian Bella Astillah
Cara delete memory phone yang tak perlu supaya handphone kita jadi laju & tak ‘hang’ lagi
Empat anggota polis ditahan kes cabul, samun
CATEGORIES