Pengawal wanita paksa lelaki pakai tudung, masjid negara mohon maaf

Pengawal wanita paksa lelaki pakai tudung, masjid negara mohon maaf

Pengawal wanita paksa lelaki pakai tudung, masjid negara mohon maaf. Pihak pengurusan Masjid Negara hari ini tampil memohon maaf berhubung video yang tersebar luas mengenai seorang pengawal keselamatan wanita yang meminta pengunjung lelaki untuk memakai tudung ketika memasuki masjid tersebut.

Dalam kenyataannya, Masjid Negara memaklumkan bahawa mereka telah memberikan teguran kepada pengawal keselamatan terbabit untuk menjadi lebih peka dalam menjalankan tugas mereka.

“Pihak pengurusan Masjid Negara mengambil serius perkara ini dan dengan rendah hati memohon maaf di atas kesilapan serta kekeliruan individu terlibat serta orang awam yang turut terkesan berkaitan video tersebut.

Pengawal wanita paksa lelaki pakai tudung, masjid negara mohon maaf

“Untuk makluman, pengawal keselamatan adalah diperoleh melalui pihak ketiga melalui perolehan kerajaan. Masjid Negara juga akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang pada masa akan datang bagi menjamin reputasi dan imej institusi masjid kekal terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Katanya, para pengunjung boleh mengemukakan aduan mengenai sebarang tindakan pengawal keselamatan melalui kod imbas bersama-sama dengan butiran di meja pos masing-masing untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Sebelum ini, video yang menjadi tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang pengunjung lelaki berambut panjang sehingga ke paras bahu yang ditegur oleh seorang pengawal keselamatan wanita untuk menutup kepala dan memakai jubah ketika memasuki Masjid Negara.

@mooi1999taylorsversionPenat la jadi lelaki Lawaaa 🥹🩵 auntie masjid ni confused ask me tutup rambut ..and i’ll be like *_* ???🧕🏼♬ original sound – mooi99

Baca Lagi:
Syarikat gergasi Korea bakal bina kilang REE di Pelabuhan Kemaman
Bendahari masjid iri hari, kutipan derma masjid dapat RM21k, tapi minta bagi RM500 je dekat imam tarawih
Makcik jutawan wasiat semua harta RM25.59 juta kepada pekerja, anak saudara terkejut satu sen tak dapat
CATEGORIES