Penduduk kampung terkejut, kambing betina lahirkan anak bermata satu

Penduduk kampung terkejut, kambing betina lahirkan anak bermata satu

Penduduk kampung terkejut, kambing betina lahirkan anak bermata satu. Seorang penternak haiwan di India terkejut apabila seekor kambing betina peliharaannya melahirkan anak bermata satu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Dua anak mata kambing itu didapati bercantum di bahagian tengah dahinya sehingga menyebabkan rupanya kelihatan seperti makhluk mitologi purba.

Ia turut berkongsi satu kelopak mata dan tumbuh secara bersebelahan.

Anak kambing tersebut dilahirkan Khamis lalu di bandar Sultanpur. Berita mengenainya tersebar meluas dan menyebabkan orang ramai berduyun-duyun pergi ke situ bagi menyaksikan sendiri keadaan haiwan itu.

Penduduk kampung terkejut, kambing betina lahirkan anak bermata satu

Pemilik kambing tersebut, Umesh Maratha berkata, dia belum pernah menyaksikan kelahiran sedemikian walaupun sudah menjadi penternak kambing selama bertahun-tahun.
“Orang ramai memberi reaksi pelik apabila menyaksikan kelahiran aneh itu, malah ada yang merasakan bahawa ia hampir menyamai manusia setelah melihat keadaannya,” katanya.

Kelahiran sulung induk betina itu juga tidak memiliki sebarang kecacatan lain dan keadaannya kelihatan sama seperti kambing biasa.

Di sebalik kecacatan yang dialami, anak kambing itu didapati sihat sepenuhnya dan mampu menjalani kehidupan normal.

Baca Lagi:
Joker bekas pelajar Henry Gurney buat ‘content’ isu LGBT, netizen perasan sesuatu semasa interview wanita ni..
Kerana cemburu, lelaki tembak kemaluan suami bekas isteri sampai cedera parah
Najib Asaddok dedah gaji bulanan yang perlu anda dapat untuk pakai Ferrari
CATEGORIES