Pendengar setia HotFM, Farah Amirah menang RM300,000 kempen Hot HWSP

Pendengar setia HotFM, Farah Amirah menang RM300,000 kempen Hot HWSP

Pendengar setia HotFM, Farah Amirah menang RM300,000 kempen Hot HWSP. Pendengar setia stesen radio popular, HotFM, Farah Amirah Mian, 30, diumum penerima hadiah wang tunai RM300,000 selepas menewaskan 28 peserta pada pusingan acara akhir kempen Hot Hulur Wang Sama Pendengar (HWSP) di sini, hari ini.

Farah Amirah diumum juara kempen Hot HWSP yang julung kali dianjurkan stesen radio itu dan mendapat sambutan hangat pendengar, sejak pencarian bermula 6 Februari lalu.

Farah Amirah yang juga jurutera elektrikal dari Semenyih, Selangor, sangat bersyukur rezeki untuk menyambung pengajian dimakbulkan Allah.

Pendengar setia HotFM, Farah Amirah menang RM300,000 kempen Hot HWSP

“Nama saya ditarik pada 8 Mac lalu iaitu pada Hari Wanita Sedunia. Pihak yang tarik nama saya adalah pengguna TikTok popular, Roshini Balacandran. Jadi, saya terhutang budi kepadanya.
“Tetapi, sebenarnya, bukan saya sahaja yang menang hari ini. Sebaliknya, semua yang datang adalah pemenang sebab kita semua berusaha hendak mendapatkan wang kemenangan.
“Namun, saya percaya hari ini adalah rezeki saya.. Alhamdulillah.
“Dalam borang penyertaan, saya nyatakan mahu menyambung pengajian peringkat sarjana sepenuh masa. Jadi, saya kena kena berhenti kerja.
“Namun, saya perlukan wang untuk terus hidup. Alhamdulillah, dengan wang ini, dapatlah saya gunakan untuk bayar yuran pengajian,” katanya ditemui BH Online pada pusingan akhir di District 21, IOI City Mall di sini, hari ini.

Seramai 29 finalis dipilih bersaing merebut wang tunai RM300,000 dalam kempen HWSP.

Peserta adalah antara pendengar bertuah selepas nama mereka dicabut secara rawak di radio selain sesi ‘live’ di TikTok dan Instagram (IG) HotFM.

Semua peserta berjaya menembusi talian telefon HotFM dalam tempoh lima minit untuk melayakkan mereka mara ke pusingan akhir.

Pada pusingan akhir, peserta diuji cabaran mental dan fizikal melalui empat tugasan diberi. Hanya tiga peserta terpantas bersaing pada cabaran terakhir.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran berkata, kempen HSWP cukup berjaya dan mencapai objektif.

“Alhamdulillah, kempen ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Pada hari kedua, kami terima hampir 1,000 penyertaan.
“Sejak itu, kami tahu, ramai dalam orang dalam keadaan memerlukan, apatah lagi, selepas pandemik COVID-19. Ada yang bergelut dengan masalah kewangan, berhutang, hilang kerja dan sebagainya.
“Sebagai stesen radio yang bukan sekadar menghiburkan, kami mahu bantu dan ini adalah masa sesuai untuk kami berikan semula kepada pendengar,” katanya.
Menjelaskan agihan hadiah wang tunai RM300,000 itu, Nazri berkata, sejumlah RM100,000 akan diberi kepada Farah Amirah setiap tahun.
“Jadi, dalam masa tiga tahun, Farah Amirah tidak perlu fikir lagi mengenai masalah kewangan,” katanya.

Baca Juga : 

Hamzah pula bakal dipanggil SPRM?

Zizan selalu muat naik foto bersama Hawa, tak sangka ini penjelasan tuan badan

Wanita ini miliki hartanah yang banyak, sanggup bayar gaji bulanan kepada lelaki yang sudi jadi suami

CATEGORIES