Hamzah pula bakal dipanggil SPRM?. Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin menepis spekulasi serta menegaskan bahawa tiada sebab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu memanggilnya untuk siasatan.
“Hentikan spekulasi tidak berasas. Tiada sebab saya hendak dipanggil SPRM,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi BERSATU, di sini, hari ini.
Beliau sekali gus menekankan, pendakwaan terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini, mengukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli dan perwakilan.
“Sesiapa pun yang didakwa, parti ini akan tetap menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran, bukan dikira siapa bakal didakwa… sesiapapun yang didakwa secara salah, kami akan pertahankan,” katanya.
Pagi tadi, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan, meliputi empat menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua lagi pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.
Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.
Baca Juga :
“Ini ke standard Ahli Parlimen?, pemilik lagu sudah tweet tak izinkan, sampai lagu pun nak sakau”
Bantuan Khas Kewangan RM350 & RM700 dibayar bulan depan, ini senarai penerima yang layak