Pocong memerhati dua wanita tengah asyik main lato-lato

Pocong memerhati dua wanita tengah asyik main lato-lato

Pocong memerhati dua wanita tengah asyik main lato-lato.Satu rakaman video tular dalam aplikasi TikTok menunjukkan lembaga seperti pocong melihat dua wanita asyik bermain lato-lato pada waktu malam, lapor portal berita Dream kelmarin.

Dalam kejadian itu, seorang wanita memakai tudung berwana merah jambu dilihat sedang belajar bermain lato-lato, manakala seorang lagi perempuan asyik bermain permainan tersebut.

Pada malam yang gelap gelita baru-baru ini, pocong tersebut berada berhampiran sebatang pokok di belakang kedua-dua wanita berkenaan tetapi mereka tidak menyedari akan kehadirannya.

Pocong memerhati dua wanita tengah asyik main lato-lato

Kedua-dua wanita itu ketawa sambil bermain lato-lato, manakala si pocong asyik memerhatikan gelagat mereka.

Video pocong itu menjadi tular sehingga menarik perhatian seorang pesohor YouTube, Ryan Kamisa.
@misteritapalbatas Penampakan Pocong saat main lato lato #apakatatb #misteritapalbatas #latolato ♬ suara asli – Misteri Tapal Batas

“Betul, itu ada sosok pocong di belakang,” tulis Ryan dalam saluran YouTube Misteri Tapal Batas dan memberitahu bahawa makhluk halus mungkin tertarik dengan lato-lato kerana ia mengeluarkan bunyi nyaring ketika dimainkan.

Ryan mengingatkan masyarakat untuk tidak bermain lato-lato pada waktu malam kerana bunyi permainan itu dipercayai menarik kehadiran makhluk halus.

Baca Juga : 

Sajat komen pasal konsert Blackpink dibuat di Malaysia, netizen ternganga dengar siap puji bijak hal ekonomi

20 ekor kucing gergasi baka Maine Coon makan mayat tuan sendiri

Lee Chong Wei menangis kerana Mew Choo

CATEGORIES