Pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  dibuka sehingga 31 Mac 2023

Pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuka sehingga 31 Mac 2023

Pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuka sehingga 31 Mac 2023. Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka mulai hari ini sehingga 31 Mac 2023.

Kementerian Kewangan berkata, proses itu bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing- masing.

Katanya, ia juga membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.

Pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  dibuka sehingga 31 Mac 2023

“Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata STR tahun 2023 akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

“Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan,” katanya di sini tadi.

Kata kenyataan itu, bagi mengurangkan golongan tercicir atau ‘exclusion error’, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan.

“Selain itu, data daripada beberapa agensi kerajaan juga disemak silang bagi kelayakan STR mengikut syarat ditetapkan.

“Kementerian Kewangan akan memperhebatkan program turun padang bersama pemimpin komuniti dan pelusuk desa bagi memastikan STR dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya.

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Baca Lagi:
Menang cabutan bertuah Lamborghini, pemuda ini pecut 323 km/j sampai hancur berkecai
Pemuda jual wang kertas RM1 nombor siri 88888888 jadi perhatian ramai selepas ia berjaya dijual RM1,000 sekeping
Umum keluar UMNO, rupanya belum jadi ahli UMNO
CATEGORIES