Pemuda khayal dibuai mimpi sampai basah, rupanya diganggu ‘makhluk’ menyerupai wanita cantik di rumah sewa

Pemuda khayal dibuai mimpi sampai basah, rupanya diganggu ‘makhluk’ menyerupai wanita cantik di rumah sewa

Pemuda khayal dibuai mimpi sampai basah, rupanya diganggu ‘makhluk’ menyerupai wanita cantik di rumah sewa. PERASAAN berpindah masuk ke rumah sewa baharu tak ubah seperti membuka kotak hadiah yang tidak diketahui apa isinya.

Selain teruja, pelbagai persoalan timbul di benak fikiran tentang keadaan dan ‘sejarah’ rumah itu sebelum disewakan.

Begitulah kisahnya untuk seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) di Shah Alam, Selangor yang nasibnya kurang baik apabila rumah sewa baharunya menyimpan satu sisi gelap.

Hanya mahu dikenali sebagai Aiman (bukan nama sebenar), dia merupakan orang pertama yang memasuki rumah sewa itu kerana rakan serumahnya pulang ke kampung halaman.

Pemuda khayal dibuai mimpi sampai basah, rupanya diganggu 'makhluk' menyerupai wanita cantik di rumah sewa

“Kisah dah lama beberapa tahun lalu, waktu tu saya orang pertama yang masuk rumah sewa. Housemate merangkap classmate saya semua balik kampung sebab minggu pertama puasa.
“Semester baharu start dalam lagi dua minggu. Mak ayah saya dua-dua dah tak ada, adik-beradik semua sibuk, itu pasal saya balik rumah sewa awal, tak ada tempat lain nak pergi.
“Saya masuk rumah sewa tu lepas Isyak, berbuka puasa dekat luar dulu. Owner tinggal kunci dalam peti surat, housemate yang deal semua, saya bagi duit je, tahu-tahu dah selesai,” kata Aiman membuka cerita.

Setibanya Aiman di rumah sewa terbabit, tidak semena-mena dia merasakan seperti sudah ada aura yang menyebabkan hatinya kurang senang tetapi tidak diendahkan kerana ketika itu adalah bulan Ramadan.

“Apabila saya sampai di rumah sewa tu, terus terdetik dalam hati patutlah bayar murah sebab kondisi agak menyedihkan. Dinding berlumut, tingkap kotor, tak terjaga, senang cerita memang tak ada seri rumah tu.

“Tapi saya tak ada la nak mengeluh panjang sebab saya pun bukan keluarga berada, jadi tak ada la nak demand rumah kena macam hotel baru boleh duduk. Saya telankan je.

“Rasa seram tu tak ada sangat sebab fikir waktu tu Ramadan, syaitan semua dah kena ikat kan. Dari kejauhan pun ada dengar sayup-sayup masjid kariah situ tengah solat tarawih,” ujar Aiman.

Namun sangkaan Aiman ternyata meleset kerana gangguan mistik mula menimpanya pada malam pertama dia tinggal di rumah sewa baharunya itu.

“Apabila saya buka je pintu rumah, apa yang saya terkejut adalah dalam rumah tu bersih berkilat. Perabot dan lantai semua bersih, tapi dekat luar nampak terbiar. Lepas tu bau wangi sangat-sangat. Macam ada orang datang kemas sebelum saya masuk.

“Nak cakap owner yang bersihkan tak juga sebab kawan saya cakap owner dah berbulan-bulan tak datang lawat rumah tu. Saya tak nak ambil port sangat dan terus rebahkan diri atas sofa di ruang tamu rumah.

“Dah kenyang iftar tadi terus mengantuk, mata pun perlahan-lahan jadi kuyu dan saya terus ke alam mimpi,” cerita Aiman.

Ketika jam mula menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam, Aiman dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang menyebabkan dia terperanjat.

“Saya terjaga kejap, mamai lagi dan separuh sedar. Tiba-tiba dalam keadaan kelopak mata saya yang terbuka kecil, nampak ada perempuan tengah jalan dari pintu menuju ke dapur.

“Kurang jelas tapi nampak jelita betul wanita tu, seperti bidadari di bumi, umur macam dalam pertengahan 20-an. Bau wangi dalam rumah yang saya sebut tadi jadi makin kuat dan menusuk, seakan-akan berpunca dari wanita tu.

“Saya layankan je sebab ingat tu mainan mimpi, mungkin nak mimpi basah ke, best, tapi tiba-tiba minda saya baru berfungsi, rumah ni bukan saya seorang je ke yang duduk?

“Terus saya terbeliak luas mata dan jadi panik. Saya cuba cari wanita tu dari depan ke dapur, tak ada, memang sunyi sepi rumah tu, saya seorang je yang ada dekat situ, lain macam ni,” kata Aiman yang mula seram sejuk.

Walaupun ketakutan yang teramat, Aiman tetap cuba mengumpul keberanian dan menganggap apa yang dilihatnya tadi adalah ilusi semata-mata.

“Saya sedapkan hati cakap yang itu mungkin bayangan yang fikiran saya saja buat-buat. Lagipun tengah Ramadan, ‘benda’ macam tu mana ada sekarang, saya selamat.

“Saya pun sambung tidur, malam masih muda. Saya set alarm dekat phone pukul 5 pagi sebab nak bangun sahur. Tapi malangnya bukan alarm yang akan kejutkan saya nanti, tapi ada satu suara yang saya tak akan lupakan.

“Saya tengah nyenyak tidur ni tiba-tiba ada dengar suara wanita menangis. Kali ni saya terus bangun, jam pukul 4:30 pagi. Betul ke apa yang saya dengar ni. Sah! Memang ada suara perempuan menangis dari bahagian belakang rumah.

“Badan jadi kaku sekejap, keras, tak tahu nak buat apa waktu tu, saya sambung dengar. Makin lama makin kuat dan tangisan tu dah bukan lagi dari satu arah sahaja, macam dari semua tempat, dari seluruh rumah tu,” ujar Aiman cemas.

Aiman seperti mati akal ketika itu tentang apa yang harus dilakukannya, mahu pergi memeriksa punca suara itu atau melarikan diri?

“Saya tengah timbang-timbang, fight or flight punya respons nak bagi ni. Nak pergi check, saya bukannya hero dalam movie, nak lari rasa macam berat betul badan ni.

“Tiba-tiba tangisan tu berhenti kejap dan bertukar jadi gelak tawa seakan-akan hilaian. Ya Allah! Tak akan tengah bulan puasa pun ada juga ‘member’ ni. Saya terus capai kunci kereta dan cabut lari. Pintu rumah pun tak sempat tutup.

“Saya pecut terus dari beranda rumah tu, tak toleh belakang dah. Saya mesej pendek kawan saya beritahu dah berambus dari rumah sewa tu dan tak akan kembali lagi. Mereka tanya kenapa, saya tak jawab dan terus matikan phone.

“Saya bukannya orang yang percaya sangat benda paranormal ni, tapi sejak insiden tu, setiap kali Ramadan saya akan teringat rumah sewa tu. Walaupun bulan puasa, anda tak semestinya selamat ya,” kata AIman menutup bicara.

Baca Lagi:
Kenapa wang kertas RM50 terjual RM708,000?, Ini 5 sebab yang perlu anda tahu
“2 hari guna Axia pusing bandar trafik jem”, pengguna dedah hal sebenar tentang kereta Perodua Axia 2023 yang ramai tak tahu
10 hakim bakal berdepan hukuman mati
CATEGORIES