
Pemandu jentolak berang dengan pegawai JPJ ‘sondol’ kenderaan sampai terbalik
Pemandu jentolak berang dengan pegawai JPJ ‘sondol’ kenderaan sampai terbalik.
Makluman awal YBhg Dato’ , Tuan KBK Negeri, kejadian langgar kenderaan jabatan oleh OKS semasa menjalankan operasi secara rondaan di jalan kepayan magatang di kampung Ambual, yang diketuai oleh PPP Ridhwan Radhi, bersama KPP Mohd Kamal Hafiz dan PP Suhailin Padiman menggunakan kenderaan jabatan bernombor JPJ162.
KPP Mohd Kamal hafiz telah mengesyaki sebuah kenderaan jenis ‘backhoe’ mencurigakan dan menahan untuk pemeriksaan, semasa kenderaan diperiksa mendapati pemandu tidak memiliki lesen memandu kelas F.
Oleh itu secara tiba – tiba pemandu tidak berpuas hati selepas saman dikeluarkan dan telah melanggar kenderaan jabatan.
Pemandu juga mengugut untuk melanggar anggota penguatkuasa JPJ Cawangan Keningau.
Semua anggota sempat menyelamatkan diri dan menghubungi pihak PDRM. Sekarang masih berada di lokasi untuk tindakan lanjut dari pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Untuk makluman YBhg Dato’ dan KBK Negeri laporan penuh kronologi kejadian akan menyusul.
Sekian terima kasih.
Fazilon Bin Khamis
KBK JPJ Keningau
BACA JUGA :
Buah zakar bekas bintang bola sepak Jerman ini terpaksa dibuang akibat salah terjun
PANAS !!! Speaker DUN Johor mahu saman Tun M RM3 bilion