Buah zakar bekas bintang bola sepak Jerman ini terpaksa dibuang akibat salah terjun

Buah zakar bekas bintang bola sepak Jerman ini terpaksa dibuang akibat salah terjun

Buah zakar bekas bintang bola sepak Jerman ini terpaksa dibuang akibat salah terjun.

Seorang bekas bintang bola sepak dilaporkan perlu menjalani pembedahan pembuangan buah zakar ekoran mengalami kemalangan sewaktu berlatih melakukan terjunan untuk sebuah rancangan realiti TV tempatan, di sini.

Bekas pemain tengah Bundesliga Jerman, Thorsten Legat berkata buah zakarnya membengkak sebesar ‘saiz belon’ selepas kemalangan itu.

Memetik laporan Daily Mail, pemain lelaki 53 tahun itu telah melakukan terjunan dari ketinggian tiga meter pada hari kedua latihannya untuk rancangan TV ‘RTL Turmsprung’ di Cologne.

Dia kemudiannya memberitahu bahawa dia terlalu banyak melompat sehingga terlupa untuk membetulkan postur kakinya ketika melakukan terjunan.

59621365 10961061 image a 75 1656420061308

“Ketika saya terjun, saya terlupa untuk merapatkan kaki saya. Terdapat dentuman kuat semasa saya cecah ke dalam air, saya rasa sakit,” ujarnya.

Pada mulanya, dia ingatkan ia perkara biasa dan memutuskan untuk meneruskan latihan terjunan itu.

Buah zakar bekas bintang bola sepak Jerman ini terpaksa dibuang akibat salah terjun

Namun sewaktu perjalanan pulang, dia menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

“Saya ingatkan buah zakar saya makin bertambah,” katanya.

Ujian urologi mendedahkan bahawa telah berlaku jangkitan pada pundi kencing, hematoma dan koyakan pada testis.

Doktor kemudiannya menyatakan kepadanya bahawa buah zakar yang cedera perlu dibuang.

“Saya terus berasa masa depan saya menjadi makin kelam,” ujar Legat.

Buah zakar bekas bintang bola sepak Jerman ini terpaksa dibuang akibat salah terjun

Namun, bapa kepada dua orang anak itu tetap bertenang dan mempersetujui pembedahan yang akan dilakukan pada pertengahan Ogos nanti.

Doktor telah memberi jaminan bahawa testisnya yang lain akan dibiarkan dalam keadaan baik sekiranya dia memutuskan untuk memiliki lebih ramai zuriat.

Legat merupakan pemain yang telah berjaya menjaringkan 15 gol sepanjang 243 perlawanannya selama 15 tahun di Bundesliga.

Dia juga pernah bermain bersama VfL Bochum, Werder Bremen, Eintracht Frankfurt, VfB Stuttgart dan Schalke sepanjang kariernya yang telah berakhir pada tahun 2001.

Buah zakar bekas bintang bola sepak Jerman ini terpaksa dibuang akibat salah terjun

Selain itu, sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional, dia juga pernah meraih gelaran Piala UEFA, Bundesliga dan tiga gelaran DFB-Pokal.

Walau bagaimanapun, sepanjang karienya itu, dia masih terpalit dengan beberapa masalah undang-undang.

Dia juga pernah menyebabkan seorang lelaki yang didakwa mengancam dirinya dimasukkan ke hospital.

Dia juga pernah berdepan dengan tuduhan cubaan mendatangkan kecederaan apabila dia menarik pedang samurai miliknya ke arah sekumpulan remaja di sebuah kawasan perkarangan kereta.

Dia kekal aktif di Instagram dan memiliki seramai 44,700 pengikut.

Dia juga akan menebus persaraan paksanya daripada ‘RTL Turmsprung’ dengan mengambil bahagian dalam edisi ‘Ninja Warrior Germany.

Baca Lagi:

Pemain bola sepak tanah air disyaki rogol gadis 18 tahun ditangkap

Pemain bola sepak Brazil maut diserang ikan pirana ketika dikejar polis

Pendapatan lebih 1 Juta setahun, remaja ini hanya jual but vintaj kepada bintang bolasepak

CATEGORIES