Pemain bola sepak Liga Super kini jual nasi lemak, rupanya sebab ini

Pemain bola sepak Liga Super kini jual nasi lemak, rupanya sebab ini

Pemain bola sepak Liga Super kini jual nasi lemak, rupanya sebab ini. Pada tahun lepas, Joseph Alphonsus menikmati detik terbaik dalam kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Ini kerana impiannya sejak kecil untuk mewakili Sarawak dalam saingan bola sepak tertinggi Malaysia, Liga Super tercapai.

Mendapat tunjuk ajar Mendiang B. Sathianathan, pemain kelahiran Dalat, Mukah ini berdepan saingan sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad Kenyalang Emas.

Pemain bola sepak Liga Super kini jual nasi lemak, rupanya sebab ini

Joseph berpeluang membuat tiga penampilan ketika Sarawak United FC menentang gergasi Liga Super iaitu JDT FC, Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Terengganu FC.

Namun masalah tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu telah menjejaskan rentak apabila mereka sekadar menamatkan saingan di tempat ke-11 daripada 12 pasukan bertanding.

Lebih parah, pada tahun ini Sarawak United tidak dibenarkan beraksi di Liga Super kerana tidak mempunyai lesen untuk bertanding.

Pemain bola sepak Liga Super kini jual nasi lemak, rupanya sebab ini

Joseph berkata, dia merupakan antara pemain yang terjejas dengan isu tunggakan gaji.

“Kali terakhir saya menerima bayaran tunggakan gaji pada Ogos tahun lepas.
“Sebenarnya setiap hari saya bertanya kepada pengurusan, mereka beri maklum balas akan bayar bila ada dana namun sehingga kini tunggakan tidak dibayar,” katanya ketika dihubungi TVS.

Dedah Joseph, dia sebenarnya diikat untuk beraksi bersama Sarawak United selama dua tahun berakhir hujung tahun ini namun kontraknya ditamatkan hujung tahun lepas.

Jual nasi lemak ‘online’

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, Joseph berkata, dia kini mula berjinak – jinak dalam perniagaan menjual nasi lemak.

Mempromosikan menerusi media sosial, Joseph berkata, dia tidak menyangka perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan di rumah itu mendapat sambutan.

“Banyak pesanan yang diterima dan saya akan menghantar kepada pelanggan di sekitar Dalat.
“Berdasarkan maklum balas, pelanggan suka sambal nasi lemak yang saya jual malah ada yang minta beli sambal secara berasingan,” katanya.

Kata Joseph, sekiranya perniagaan itu terus berkembang, dia berkemungkinan akan mencari premis memandangkan perniagaan juga menjadi minatnya.

Tidak bersara sepenuhnya

Mengenai karier bola sepak, Joseph berkata, dia tidak 100 peratus menggantung bot.

“Ketika ini saya beraksi untuk Liga M4 Piala Al Ehsan mewakili pasukan Mukah YT Football,” katanya.

Ditanya mengenai Liga Super, Joseph berkata, pengalaman beraksi dalam pertandingan itu merupakan saat terbaik dalam kariernya.

Kata pemain ini, walaupun dia sedang ‘berehat’ dari Ligs Super, namun keinginan untuk membuat kemunculan semula masih menebal apatah lagi melihat bekas rakan sepasukan masih beraksi.

“Saya bangga melihat mereka meneruskan karier masing – masing bersama beberapa pasukan besar,” katanya.

Bekas penjaga gol Sarawak United, Tauffiq Ar Rashid kini beraksi bersama Negeri Sembilan FC, Raja Imran Shah (Perak FC), Mohammad Zharmein Ashraf Ismail (KDA FC) dan Nur Shamie Iszuan Amin bersama Sri Pahang FC.

Pemain Sarawak United bersatu hati

Berkongsi saat sukar ketika bermain bola sepak tanpa menerima gaji tahun lepas, Joseph berkata, itu merupakan antara pengalaman pahit bergelar pemain bola sepak profesional.

Namun katanya semangat berpasukan mereka ketika itu kekal utuh malah bersabar menempuh dugaan itu.

Lebih membanggakan katanya, mereka bersatu hati ketika itu.

“Tahun lepas, kami tidak berpecah malah bersatu hati bagi menghadapi perlawanan.

“Ya pahit memang ada tapi kami bersikap profesional,” katanya.

Kematian B. Sathianathan

Sementara itu, Joseph berkata, dia turut terkejut apabila menerima berita kematian bekas jurulatihnya, B. Sathianathan baru – baru ini.

Katanya, Sathianathan merupakan seorang jurulatih yang tegas namun tidak lokek berkongsi ilmu.

“Dia luar padang, dia sebenarnya seorang yang mudah didekati, bergurau dengan pemain dan sebagainya,” ujarnya.

Kata Joseph, selepas mengundur diri daripada Sarawak United tahun lepas, Sathianathan masih menghubungi dia dan rakan – rakan untuk bertanya khabar.

“Tahun lepas ketika timbul isu gaji lewat, coach memang fight untuk kami, banyak sebenarnya kenangan sewaktu di bawah tunjuk ajarnya,” katanya..

Baca Lagi:
Aksi kucing gergasi baka Maine Coon curi perhatian ramai, pandai buka pintu
Jiran buat rumah terbuka tapi langsung tak jemput, lepas pukul 9 malam baru dia hantar lauk, rupanya dah basi..
Lelaki tunggang EX5 bawa lari lori roti Gardenia
CATEGORIES