Pelajar 17 tahun kaut untung RM26 juta tipu wang kerajaan

mufid majnun oI20ehIGNd4 unsplash scaled 1 e1654230459216

Pelajar 17 tahun kaut untung RM26 juta tipu wang kerajaan.

Seorang remaja lelaki di Jerman didapati bersalah kerana mewujudkan sebuah pusat pemeriksaan Covid-19 palsu dan menuntut bayaran AS$6 juta (RM26.3 juta) daripada kerajaan untuk ujian saringan yang tidak pernah dilakukan, lapor laman Oddity Central semalam.

Ketika kemuncak pandemik Covid-19 di Jerman, permintaan untuk ujian saringan sangat tinggi sehinggakan kerajaan melantik pusat-pusat ujian swasta untuk melakukan saringan dan membuat bayaran berdasarkan invois yang diserahkan.

Kebanyakan syarikat penyedia penjagaan kesihatan mendapat manfaat besar daripada polisi tersebut tetapi ada sesetengah pihak yang mengaut keuntungan tanpa menyediakan perkhidmatan sebenar.

Ini termasuk pelajar berkenaan yang mewujudkan pusat Covid-19 palsu. Dia turut memalsukan invois untuk menunjukkan pusat itu melakukan beribu-ribu ujian setiap hari. Penipuan itu dilakukan bagi menuntut wang kerajaan.

Pelajar 17 tahun kaut untung RM26 juta tipu wang kerajaan

Pelajar baru berusia 17 tahun itu mula menjalankan kegiatannya pada 2022 sehingga berjaya mengaut AS$6 juta (RM26.3 juta) tanpa menyediakan apa-apa perkhidmatan.

Antara Mac hingga Jun 2021, remaja yang identitinya tidak didedahkan itu telah merekodkan 5,000 ujian saringan pada setiap hari walaupun pusat berkenaan tidak wujud.

Pada 2020 dan 2021, kerajaan Jerman menyerahkan kepada sebuah persatuan doktor, Kassenartzlichen Vereinigung (KZ) untuk membuat pembayaran kepada pusat-pusat ujian swasta.

Malangnya, kekurangan pengawasan menjadikan sistem itu menjadi sasaran mudah oleh penipu.

Dalam tempoh kurang empat bulan, remaja berkenaan menuntut bayaran ke atas 500,000 ujian Covid-19 walaupun bilangan itu mustahil dilakukan,

Bagaimanapun, tuntutan itu diluluskan oleh KZ dan pelajar berkenaan mendapat bayaran tepat pada masanya.

Tertuduh kini disabitkan kesalahan dan menerima hukuman. Hartanya dirampas dan dia diarahkan membayar AS$1,600 (RM7,028) kepada sebuah organisasi awam.

Baca Lagi:

Anwar punca PH kalah – Tun M

[VIDEO] Dua termasuk kakitangan KKM sedang menukar tayar kereta maut dirempuh lori

‘Kakak’ bertelekung merah jambu curi telefon dalam surau rupanya lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *