Pegawai kanan polis bergelar Datuk termasuk 6 pegawai polis didakwa bunuh pemandu e-Hailing

Pegawai kanan polis bergelar Datuk termasuk 6 pegawai polis didakwa bunuh pemandu e-Hailing

Pegawai kanan polis bergelar Datuk termasuk 6 pegawai polis didakwa bunuh pemandu e-Hailing. Pegawai kanan polis bergelar Datuk antara tujuh yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini berkaitan kes pembunuhan pemandu e-Hailing berhampiran kawasan ladang kelapa sawit pada 13 Januari lalu.

Enam anggota polis termasuk orang awam iaitu Rosdi Rastam, 44, Denis Anat Anit, 44, Fabian Anak Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39 dan Vivien Fabian, 34, didakwa membunuh pemandu Nurman Bakaratu, 61.

Manakala Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, pula didakwa bersubahat dengan enam tertuduh itu membunuh Nurman di tempat dan waktu yang sama.

Mereka didakwa melakukan perbuatan berhampiran kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, dekat sini, antara 7.30 malam hingga 10.30 pada 13 Januari lalu.

Pegawai kanan polis bergelar Datuk  termasuk 6 pegawai polis didakwa bunuh pemandu e-Hailing

Bagi pertuduhan membunuh, enam tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Manakala Mat Zaki yang didakwa bersubahat dengan enam tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun yang sama.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Mohd Yunus.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad (Ketua); Khairul Azreem Mamat; Muhammad Ilmami Ahmad; Rohaiza Abdul Rahman dan Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim.

Manakala peguam Chen Wen Jye, Ram Singh dan Kimberly Ye mewakili Khairul Azman, sementara Kamarudin Chengki dan Timothy Daut mewakil Rosdi Rastam.

Sementara itu mahkamah membenarkan permohonan bon jaminan mahkamah terhadap dua lagi pegawai polis, Usman Lanaga, dan John Kennedy Sanggah, serta seorang awam, Shim Vui Nyen sebagai saksi pendakwaan.

Mahkamah juga menetapkan 11 April depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Baca Lagi:
Kenal di Omi, remaja perempuan dirogol ramai-ramai
Buat video TikTok, remaja tak sedar terakam lembaga berjalan membongkok dibelakang
20 tahun bersabar, hakim izinkan isteri salam suami buat kali terakhir
CATEGORIES