Muka dikatakan sama dengan Ira Kazar, ini respon Datin Alyah

Muka dikatakan sama dengan Ira Kazar, ini respon Datin Alyah

Muka dikatakan sama dengan Ira Kazar, ini respon Datin Alyah. Penyanyi Datin Alyah meluahkan rasa kesal apabila segelintir netizen yang kerap meninggalkan komen di laman sosial dengan mengatakan wajahnya sama seperti kebanyakkan orang.

Tidak menyebut sebarang nama, biarpun menyedari dalam dunia ada peladuk dua serupa namun Alyah menegaskan dia juga mempunyai wajah dan identiti tersendiri.

“Ini la ya, orang kata manusia ini ada tujuh wajah yang sama… peladuk dua serupa. Tapi sekali dua boleh la kata muka saya sama dengan sesiapa la ya.

“Tapi kalau setiap kali saya buat video, mesti cakap orang yang sama. Ya Allah, ya Tuhanku, saya ada mak awak, saya ada ayah awak, saya ada suami, saya ada muka saya sendiri.

“Kalau ikutkan saya ini dah tua dah, lahir pun 1981… terpaksa pula kita ikut muka budak itu padahal kita lahir dulu ya… pening,” kata Alyah menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Muka dikatakan sama dengan Ira Kazar, ini respon Datin Alyah

Isteri kepada pemuzik terkenal Datuk Ramli MS ini turut memohon agar semua netizen berhenti mengatakan wajahnya sama seperti mana-mana individu.

“Tak kisah la, boleh saja… yela nak cakap macam mana kan, kejadian yang Allah dah bagi. Tapi kalau dah selalu sangat, upload video semua tag orang lain, tag orang tu.

“Rasa macam aku tak ada kehidupan ke? Aku pun nak orang tahu aku ni Alyah. Alyah you all,” katanya lagi.

Bagaimanapun terdapat netizen yang mengaitkan wajah penyanyi itu dengan isteri kedua pengarah Syamsul Yusuf iaitu Ira Kazar.

Malah ada juga antara netizen yang menegaskan Alyah lebih cantik berbanding individu yang diperkatakan itu.

“Saya tengok sekali imbas pun macam Ira Kazar la pula.

“Iras sikit saja… tapi jauh Alyah cantik lagi. Secara jujur.

“Datin tetap maintain cantik… jangan risau, lain tak sama,” komen netizen.

@alyah81official🤣🤣🤣 saya ALYAH tau

♬ original sound – alyah81official

Baca Lagi:
Buat video TikTok, remaja tak sedar terakam lembaga berjalan membongkok dibelakang
Kakak kandung hamil anak bekas suami
Susah cari pekerja sekarang, gaji basic RM1600 tambah elaun RM200 pun masih ramai memilih
CATEGORIES