Pegawai AmBank dedah sesuatu yang berlaku ketika urus bank Najib

Pegawai AmBank dedah sesuatu yang berlaku ketika urus bank Najib

Pegawai AmBank dedah sesuatu yang berlaku ketika urus bank Najib. Bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping mengakui tertekan ketika ditugaskan mengendalikan akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan amat mencabar.

Menurut Ging Ping, beliau dilantik sebagai pengurus perhubungan bagi akaun peribadi Najib yang juga perdana menteri (ketika itu) kerana sudah mengendalikan akaun berkaitan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum itu.

Saksi pendakwaan ke-41 yang ketika itu menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada sesi pemeriksaan semula, berkata pada awalnya beliau diberitahu Najib akan membuka akaun di AmBank oleh ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Pegawai AmBank dedah sesuatu yang berlaku ketika urus bank Najib

Menurut Ging Ping, beliau agak terkejut apabila mendapat tahu mengenai perkara itu kerana menyangka sudah tentu perdana menteri akan membuka akaun di bank kerajaan atau bank lain seperti di Maybank.

Katanya, beliau juga diberitahu bahawa Pengarah Urusan Kumpulan Ambank ketika itu, Cheah Tek Kuang akan menguruskan urusan pembukaan akaun dengan menemui Najib sendiri urusan berkenaan bukan tarafnya selaku pegawai biasa.

“Pada mulanya saya tidak tahu apa yang hendak dijangka… bagaimanapun lama kelamaan apabila pengeluaran cek melebihi baki dalam akaun, ada tekanan yang ia boleh menyebabkan cek tendang sedangkan kami diberitahu untuk tidak membiarkan ia berlaku kerana ia akaun milik perdana menteri.

“Sudah tentu akan ada akibatnya, bagaimana jika PM beritahu mengapa kami biarkan cek ini tendang sedangkan hanya kami yang tahu jumlah (baki dalam akaun)… begitu juga persoalan akan ditimbulkan bahawa adakah kami tidak percaya yang PM boleh atasi masalah ini.

“Jadi kami memang sangat tertekan ketika itu, begitu juga di pihak cawangan apabila setiap kali menelefon kami untuk beritahu wang tidak cukup dalam akaun. Mereka juga kedengaran agak tertekan, ini apa yang kami rasa dan ia amat mencabar,” katanya.

Saksi itu berkata, pihaknya bimbang dengan laporan negatif media jika berlaku situasi cek tendang kerana boleh menjejaskan reputasi Najib selaku perdana menteri.

Disoal lanjut oleh Ahmad Akram, mengenai apakah yang yang akan dilakukan jika situasi sama berlaku kepada akaun individu lain, Ging Ping berkata terdapat protokol yang berbeza yang mana pihak cawangan menutup akaun itu jika didapati baki di dalamnya sering tidak mencukupi.

Sementara itu, Ging Ping berkata Najib terus menggunakan wang dalam akaunnya untuk mengeluarkan cek dan membuat pembayaran kad kredit tetapi tidak bertanya kepada bank mengenai sumber dana berkenaan.

Saksi itu berkata, Najib tidak pernah bertanya secara lisan atau menulis kepada bank mengenai sumber wang yang masuk ke dalam akaunnya, dan beliau (Najib) percaya terdapat wang dalam akaunnya bagi membuat pembayaran.

Beliau mengesahkan terdapat beberapa cek dikeluarkan daripada akaun Najib, bagaimanapun katanya tidak pernah ada sebarang aduan atau dakwaan daripada Najib bahawa cek itu sebenarnya bukan dikeluarkan olehnya (Najib).

Ging Ping turut mengesahkan yang beliau tidak pernah menerima aduan daripada Najib atau pemegang mandat akaunnya, Nik Faisal Ariff Kamil mengenai transaksi dalam akaun dan aduan bahawa ia tidak dikendalikan mengikut mandat.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Baca Lagi:
Pegawai kanan polis bergelar Datuk termasuk 6 pegawai polis didakwa bunuh pemandu e-Hailing
Kenal di Omi, remaja perempuan dirogol ramai-ramai
20 tahun bersabar, hakim izinkan isteri salam suami buat kali terakhir
CATEGORIES