Orang ramai berebut kutip duit terbang sebanyak RM12,498 di tengah jalan raya

Orang ramai berebut kutip duit terbang sebanyak RM12,498 di tengah jalan raya

Orang ramai berebut kutip duit terbang sebanyak RM12,498 di tengah jalan raya. Berpuluh-puluh pemandu kereta dan penumpang mereka berhenti untuk membantu seorang wanita mengumpul wang tunai berjumlah 100,000 baht (RM12,498) yang bertaburan di atas jalan di Khon Kaen, wilayah Isaan, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Wang itu ditinggalkan di tepi jalan oleh seorang pekerja wanita tersebut tanpa sengaja.

Berdasarkan rakaman video dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama Sutasinee Buachaban, sebilangan pemandu kereta meletakkan kenderaan di bahu jalan untuk mengutip wang tunai bernominasi 1,000 baht (RM124.98) di atas jalan.

“Terima kasih kepada semua mereka yang berhati mulia. Saya telah menghubungi polis dan mereka telah memulangkan wang kepada pemiliknya,” demikian menurut kenyataan Sutasinee.

Orang ramai berebut kutip duit terbang sebanyak RM12,498 di tengah jalan raya

Menurut wanita berkenaan, seorang pemandu lori secara tidak sengaja meletakkan wang tersebut pada tangga pintu kenderaannya.

Dia kemudian terlupa mengenai wang itu dan terus memandu sehingga menyebabkan wang tersebut berterbangan di atas jalan raya.

Majikan pemandu tersebut, Supornthip Pakdee kemudian mendedahkan bahawa dia mengeluarkan wang berjumlah 100,000 baht (RM12,498) dari sebuah bank dan memberikan kepada pekerjanya untuk membeli sejumlah sayur akar ubi kayu.

Menurut Supornthip, dia mendapat semula sebilangan besar wang miliknya selepas orang ramai berjaya mengutip sebanyak 92,000 baht (RM11,498) di atas jalan.

Bagaimanapun, wang berjumlah 8,000 baht (RM999.84) lagi dilaporkan hilang.

Tambah wanita berkenaan, dia tidak menyalahkan pekerjanya, namun berasa kesal dengan kejadian itu.

Baca Lagi:
Tipu suami pergi ambil lesen memandu, 2 isteri orang kantoi bersetubuh dengan 2 lelaki Bangladesh
‘Ini pilihan saya’, Da’i Syed mahu kahwin dengan pengacara TV Al Hijrah
Lebih 40,000 peniaga burger di Malaysia bakal gulung tikar
CATEGORIES