Nurul Izzah keguguran kandungan kali keempat

Nurul Izzah keguguran kandungan kali keempat

Nurul Izzah keguguran kandungan kali keempat. Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsi kisah sedih di Instagram rasminya sebentar tadi, memaklumkan kandungan keempatnya gugur.

Dalam hantaran tersebut, Nurul Izzah turut berkongsi gambarnya memeluk ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan panjang di laman sosialnya itu, anak sulung Perdana Menteri itu berkata selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), mungkin itu kali pertama mereka berpelukan.

Nurul Izzah keguguran kandungan kali keempat

“Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama – selesai berkempen, sempat pula menjangkiti Covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya – dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung.

“The little boot is gone …” tulis beliau.

Meskipun sedih dengan khabar terbaharu itu, beliau tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah.

“Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza.

“Ungkapan mensyukuri nikmat – kata-kata indah untuk Yang Maha Esa – yang kita ucap an walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil.

“Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman,” tulisnya lagi.

Nurul Izzah dalam hantaran sama mendoakan semua yang berada di luar sana, yang pernah merasa kehilangan supaya kekal tabah dan kuat.

“Jadi kepada anda, hampir semua kita yang telah merasai kehilangan, kita boleh menawarkan doa kita, pelukan secara maya, dan peringatan – bahawa kehidupan tetap akan diteruskan,” ujarnya lagi.

Baca Lagi:
Jiran sebelah baru kematian suami, tapi dalam diam dia mahu rampas suami aku, rancang mahu nikah lepas habis iddah
Ramai tak puas hati, netizen cabar Mas Idayu masuk Gegar Vaganza
7 mangkuk cendol durian di Melaka berharga RM279,30
CATEGORIES