Perompak Foodpanda: Remaja 25 tahun berjaya memesan makanan bernilai lebih RM567,548 tanpa bayar satu sen

Perompak Foodpanda: Remaja 25 tahun berjaya memesan makanan bernilai lebih RM567,548 tanpa bayar satu sen

Perompak Foodpanda: Remaja 25 tahun berjaya memesan makanan bernilai lebih RM567,548 tanpa bayar satu sen. Seorang remaja berusia 25 tahun dijatuhi hukuman penjara 31 bulan selepas dia didapati bersalah mengeksploitasi kelemahan dalam sistem platform penghantaran makanan.

Kelemahan dalam sistem tersebut ‘membenarkan’ dia memesan makanan bernilai lebih RM567,548 (S$174,500) tanpa membayar satu sen pun kepada platform terbabit.

Ronny Lee Jia Jie, mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu dan satu pertuduhan pemalsuan pada 19 Januari lepas.

Perompak Foodpanda: Remaja 25 tahun berjaya memesan makanan bernilai lebih RM567,548 tanpa bayar satu sen

Ia bermula pada tahun 2020 iaitu ketika Lee menjadi kakitangan pentadbiran di syarikat pembaikan kapal bapanya, Hestia Marine.

Dia juga pada ketika itu sedang belajar sambilan untuk diploma dalam produksi filem dan televisyen di Singapore Media Academy.

Bagaimana pun tanpa pengetahuan bapanya, Lee telah mendaftarkan akaun korporat atas nama Hestia Marine dengan platform penghantaran makanan dan menyenaraikan dirinya sebagai wakil syarikat.

Akaun korporat membenarkan tempoh kredit 30 hari yang memastikan Lee tidak perlu membayar serta-merta selepas penghantaran pesanan.

Jumlah keseluruhan semua barang hanya akan dibayar pada akhir setiap bulan. Antara 20 Januari dan 5 April 2020, Lee memesan makanan berjumlah RM60,819.

Apabila syarikat Delivery Hero, iaitu syarikat yang mengendalikan Foodpanda mendesak agar pembayaran dibuat, Lee hanya menyatakan bahawa cek pembayaran masih belum siap.

Nampak mudah manipulasi ini bukan?

Akhirnya akaun korporat Lee telah disekat pada Julai tahun itu.

Tetapi cerita ini tidak berakhir di sini. Ia ibarat ‘Catch Me If You Can’ dalam versi remaja Singapura yang cerdas. Cerdas menipu.

Memandangkan Lee pada ketika itu menyedari terdapat kelemahan dalam sistem perakaunan korporat Foodpanda, dia kemudiannya mencipta satu lagi akaun atas nama Mediacorp menggunakan alamat e-mel “[email protected]” walaupun dia tidak bekerja untuk syarikat media itu.

Walaweh. Berani sungguh anak muda.

Dengan akaun ini, Lee memesan sejumlah S$155,816.20 (RM505,986.45) makanan, topeng pembedahan dan barangan lain sebanyak 365 kali antara 14 Ogos dan 3 Nov 2020.

DPP Jesudevan berkata bahawa makanan itu adalah untuk dimakan oleh Lee sendiri, manakala dia menjual semula topeng-topeng tersebut di platform e-dagang seperti Shopee dan Carousell untuk menjana wang bagi kegunaan dirinya.

DPP Jesudevan juga berkata apabila Lee akhirnya dipanggil supaya menghadirkan diri di mahkamah pada 5 Disember, dia menemui cara lain untuk menangguhkan kehadiran perbicaraan mahkamah melalui pemalsuan dokumen.

Lee berbuat demikian sebanyak tiga kali antara 3 Januari dan 20 Januari pada 2021 dengan memalsukan surat, kononnya ia dari Singapore Media Academy dan diarahkan ke Mahkamah Negeri, menyatakan bahawa dia perlu menduduki peperiksaan dan tidak akan dapat menghadiri perbicaraan mahkamah.

Muslihat Lee terbongkar hanya apabila seorang hakim daerah mengarahkan pegawai mahkamah pada 21 Januari tahun itu untuk mengesahkan pihak Singapore Media Academy sama ada mereka benar-benar mengeluarkan surat tersebut atau tidak.

Malangnya sehingga kini tiada pengembalian wang telah dibuat kepada Delivery Hero.

Baca Lagi:
Nurul Izzah keguguran kandungan kali keempat
7 mangkuk cendol durian di Melaka berharga RM279,30
Rider Foodpanda dapat order hantar Starbucks, terkejut dapat 2 angpao dari pemuda cina
CATEGORIES