Ngeri: Payung terjun gagal berfungsi, anggota tentera jatuh terhempas. Seorang askar Tentera Udara Indonesia (AU) jatuh dari ketinggian 487 meter ketika menjalani latihan payung terjun bersama Komando Pasukan Gerakan Pantas (Kopasgat), lapor laman berita Detik.
“Askar itu segera menerima bantuan daripada pasukan penyelamat. Dia kemudian dirujuk ke hospital terdekat di Pangkalan Udara Sulaiman,” kata Ketua Penerangan Kopasgat, Kolonel Gunawan.
Gunawan menjelaskan bahawa askar itu mengalami kecederaan yang memerlukan dia kemudian dirujuk ke Hospital AU Dr M Salamun di Bandung.
Menurut beliau, askar itu kini berada dalam keadaan stabil dan sudah sedarkan diri.
Gunawan memaklumkan bahawa askar itu mengalami patah tulang. Beliau bersyukur kerana keadaan mangsa kini stabil.
“Patah tulang itu berkemungkinan besar berlaku kerana dia jatuh dengan pantas,” katanya.
Anggota AU itu terjun daripada sebuah pesawat pada ketinggian 487 meter, namun payung terjun yang dipakai gagal terbuka di ruang udara.
Rakaman memaparkan detik kegagalan payung terjun itu terbuka tular di media sosial.
Kejadian itu berlaku di Bandung, Jawa Barat.