Pelakon Oh My Hantaran, Syazlin Zainal meninggal dunia

Pelakon Oh My Hantaran, Syazlin Zainal meninggal dunia

Pelakon Oh My Hantaran, Syazlin Zainal meninggal dunia. Pelakon drama Oh My Hantaran, Syazlin Zainal dilaporkan meninggal dunia pada usia 26 tahun petang tadi.

Berita mendukakan tersebut dikongsikan sahabat dan juga sepupunya menerusi media sosial sebentar tadi.

Menurut perkongsian rakannya dalam Instagram, Zeatyalia tidak akan mendedahkan punca kematian pemilik nama penuh Syazlin Suhaizan Zainal.

“Saya tidak akan berkongsi apa-apa kenyataan (terutama kepada media) sebab kematiannya untuk menghormati privasi keluarga Syazlin.
“Saya kehilangan rakan pada hari ini dan tidak tahu bagaimana untuk menerangkan perasaan diri saya sekarang.
“Kepala saya sangat serabut untuk memahami perkara ini. Sedekahkan al-Fatihah untuk Syazlin Zainal,” tulisnya dalam InstaStory.
Pelakon Oh My Hantaran, Syazlin Zainal meninggal dunia

Perkhabaran mengejutkan itu juga dikongsikan oleh sepupu Syazlin, Trisya Azahar menerusi Twitter yang meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham buat kali terakhir.

“Mohon doakan untuk sepupu saya, Syazlin Zainal. Semoga Alin tenang di sana dan syurga buatmu. Baru sahaja kita berhubung untuk berjumpa. Al-Fatihah,” ciap Trisya.

Syazlin difahamkan meninggal dunia di Johor bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan.

Sementara itu, ramai juga rakan artis menzahirkan ucapan takziah dan meninggal komen dalam Instagram anak seni yang juga dikenali menerusi drama Sitik Tok tersebut.

“Allahuakbar,” ujar Nadia Brian pendek.

“Al-Fatihah. Kami akan merindui awak, Alin (nama panggilan). Rehatlah sepuas-puas,” tulis Anna Jobling.

“Innalillahiwainalillahirojiun. Pergi terlalu awal,” tutur Scha Elinnea.

Syazlin juga pernah membintangi dalam beberapa drama seperti Takdir Yang Tertunda, Potong, Dia Yang Ku Jadikan Suami dan Ada Yang Ngikut.

Baca Lagi:
Bantuan keluarga Malaysia (BKM) fasa 4 akan dikreditkan RM900 ke akaun penerima bermula 15 November 2022
Syamsul Yusof tunjuk cara bijak guna duit, bukan main saham nak jadi kaya
Eyka Farhana belanja paha, betis buat netizen berdarah hidung
CATEGORIES