Ngeri! Lebih 200 maut dalam kemalangan 3 buah kereta api

Ngeri! Lebih 200 maut dalam kemalangan 3 buah kereta api

Ngeri! Lebih 200 maut dalam kemalangan 3 buah kereta api. Sekurang-kurangnya 207 orang terbunuh, lebih 850 lagi cedera dan ramai lagi dikhuatiri terperangkap dalam kemalangan ngeri melibatkan tiga buah kereta di negeri Odisha, timur India lewat kelmarin, kata pegawai-pegawai tempatan.

Wartawan AFP di tempat kejadian melihat kompartmen-kompartmen hancur terkoyak dan lubang-lubang berlumuran darah di lokasi nahas dekat Balasore, sekitar 200 kilometer (125 batu) dari ibu negeri Odisha, Bhubaneswar.

Ngeri! Lebih 200 maut dalam kemalangan 3 buah kereta api

Sebilangan gerabak terbalik, manakala pekerja -pekerja penyelamat meneruskan usaha mencari dan mengeluarkan mangsa terselamat yang terperangkap dengan berpuluh-puluh mayat diletakkan di bawah cadar putih di sebelah landasan.

“Kami mengira sebanyak 207 kematian, namun angka korban dijangka terus meningkat.
“Kerja menyelamat diteruskan di tempat kejadian dan kami akan mengambil masa beberapa jam lagi untuk selesai,” kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Bomba Odisha, Sudhanshu Sarangi kepada dari lokasi kemalangan.
Baca Lagi:
Kerani bank campak kad ATM makcik selepas mahu keluarkan duit sikit, disuruh pergi keluarkan di mesin ATM
Penduduk serbu tapak pelupusan sampah kutip daging kerbau
Ahli keluarga terkejut bayi disahkan mati pihak hospital hidup semula, menangis ketika upacara pengebumian
CATEGORIES