Netizen terkejut nampak cikgu Fadli buat live TikTok jual barang bundle, sekali ini yang terjadi bila netizen tanya soalan Matematik

Netizen terkejut nampak cikgu Fadli buat live TikTok jual barang bundle, sekali ini yang terjadi bila netizen tanya soalan Matematik

Netizen terkejut nampak cikgu Fadli buat live TikTok jual barang bundle, sekali ini yang terjadi bila netizen tanya soalan Matematik. Ramai mengenali guru Matematik, Mohd Fadli Salleh di media sosial kerana kerap berkongsi mengenai isu pendidikan, kisah kemasyarakatan dan aktiviti kebajikannya.

Namun siapa sangka, seorang pemuda turut terkena tempias gara-gara wajahnya dikatakan mirip dengan Mohd Fadli atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli.

Malah, menerusi hantaran di Facebook, Cikgu Fadli yang mempunyai lebih 700,000 pengikut memaklumkan dia turut diajukan soalan sama ada dia kini menjual pakaian terpakai (bundle) secara dalam talian.

Netizen terkejut nampak cikgu Fadli buat live TikTok jual barang bundle, sekali ini yang terjadi bila netizen tanya soalan Matematik

“Eh, mana ada,” tulis Cikgu Fadli selepas menerima tangkap layar wajah seorang pemuda sedang menjual baju bundle di TikTok, menerusi aplikasi WhatsApp.

mStar kemudian menjejaki individu yang dikatakan mirip Cikgu Fadli itu.

Bercakap kepada mStar, Muhamad Syafiq Ikmal Saizan mengakui terkejut apabila dikatakan mirip Cikgu Fadli ketika membuat penstriman secara langsung (live) di TikTok

“Rasa cuak tiba-tiba saya dapat soalan-soalan tidak berkaitan daripada mereka yang menyaksikan saya membuat live untuk menjual barang-barang preloved.

“Segelintir mereka bertanyakan soalan-soalan Matematik, ada yang tanya saya pasal sifir. Kebiasaannya orang tanya tentang harga barang yang saya jual,” katanya ketika dihubungi.

Mesra disapa Syafiq, pemuda berusia 25 tahun itu memberitahu kemungkinan persamaan tersebut disebabkan penampilannya yang bermisai.

“Sebelum ini saya tak ada misai. Baru je simpan misai sejak bulan lepas, itu yang mungkin follower Cikgu Fadli masuk ke live saya tanya soalan-soalan Matematik,” ujarnya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Netizen terkejut nampak cikgu Fadli buat live TikTok jual barang bundle, sekali ini yang terjadi bila netizen tanya soalan Matematik

Jika Cikgu Fadli mahir dalam Matematik, pemuda berkelulusan Diploma Teknologi Automotif daripada Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di Masjid Tanah, Melaka ini boleh berbahasa Mandarin.

“Saya belajar bahasa Mandarin daripada tadika sehingga darjah enam. Jadi, apabila orang tanya pasal sifir, saya terbiasa dengan angka dalam tulisan Cina sebab belajar sifir masa sekolah rendah.

“Bukanlah mahir sampai boleh jadi guru bahasa Mandarin, tapi setakat nak faham dan balas apa yang orang lain cakap tu kira bolehlah. Pernah juga cakap Cina sikit-sikit masa buat live.

“Tapi kalau nak melihat daripada segi kemahiran tu, mungkin lebih kepada automotif di mana saya boleh membaiki kereta,” katanya.

Netizen terkejut nampak cikgu Fadli buat live TikTok jual barang bundle, sekali ini yang terjadi bila netizen tanya soalan Matematik

Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dia mula menjalankan bisnes barang-barang terutama pakaian terpakai dari Jepun dan Korea Selatan sejak Februari lalu.

Mengenai pertemuannya bersama Cikgu Fadli secara live di TikTok pada 15 Julai lalu, Syafiq yang gemar mengembara ini terharu dengan sambutan daripada para pengikut.

“Cikgu Fadli beritahu wajah saya macam dia 15 tahun lepas. Bezanya sekarang Cikgu Fadli sudah berkahwin dan ada anak-anak, manakala saya masih bujang.

“Bukan mencari calon isteri sekarang, tapi jika ditanya tentang ciri-ciri yang saya cari adalah seorang yang beradab. Walaupun tak berpelajaran, yang penting adab nombor satu,” katanya yang turut menjual aksesori terpakai seperti beg dan beg tangan.

Mengenai bisnes bundle yang diusahakannya, Syafiq merancang untuk ke Jepun pada September depan bagi mendapatkan bekalan secara terus di negara matahari terbit itu.

“Selama ini saya guna runner untuk ambil stok dari Jepun. Apabila saya pergi ke Jepun nanti, orang akan lebih percayakan kita ambil stok dari sana, dan harga pun lebih banyak dan pelbagai.

“Cita-cita saya hendak membesarkan empayar bisnes baju bundle dan mahu membuka peluang bisnes kepada orang lain untuk menjana pendapatan mereka,” katanya lagi.

@mohdfadlisallehmfs Ramai orang kata muka kami sama. Betul ke sama eh? So semalam saya buat LIVE bersama @boutiqueblackcloset. Dah macam cakap dengan cermin pula. 🤣 #MFS ♬ original sound – Mohd Fadli Salleh

Baca Lagi:
Jasad remaja ditemui 100km dari lokasi lemas
Bapa mengaku bersalah rogol anak hingga bersalin, dipenjara 218 tahun & 75 sebatan
Ketua Polis Negara dedah kenapa Sanusi ditangkap pukul 3 pagi
CATEGORIES