Netizen rasa jijik doktor pegang tangan pesakit HIV tanpa pakai glove

Netizen rasa jijik doktor pegang tangan pesakit HIV tanpa pakai glove

Netizen rasa jijik doktor pegang tangan pesakit HIV tanpa pakai glove.

Pada tahun 2022 ini masih ramai yang tiada ‘awareness’ tentang penyakit HIV dan masih menganggap golongan ini ‘pendosa’ serta ‘kotor’.

Baru-baru ini, seorang doktor berkongsi di Instagram peribadinya di mana dia dan pasukannya telah pergi melawat pesakit HIV.

Sebuah video dimuat naik menunjukkan berada di sisi katil dan bersentuhan dengan pesakit di Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM).

dr

Namun, tindakan murni doktor itu mengundang rasa jijik sesetengah individu yang bertindak menghantar mesej peribadi kepadanya di Instagram.

Doktor mesra dipanggil Sha ini ada berkongsi ‘screenshot’ persoalan beberapa netizen yang mempersoal tindakannya menyentuh tanpa memakai sarung tangan.

Boleh ke pegang pegang pesakit macam ni? Tak ada glove semua. Tak geli ke? Kot kot terjangkit ke.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shasa Aziz (@shasaaziz)

Menerusi ‘posting’ tersebut, Sha telah menjelaskan bahawa dia tidak risau dan tidak kisah menyentuh pesakit HIV kerana penyakit itu tidak berjangkit hanya dengan sentuhan jika tiada luka.

Dia juga sudah membuat pemeriksaan dan tahu dirinya dalam keadaan sihat. Jelasnya lagi tidak memakai sarung tangan juga adalah cara untuk menjaga hati pesakit.

Baca Lagi:

5 jenis boss yang disayangi dan dibenci rakyat Malaysia

Senarai Top 5 gaji CEO paling banyak dalam Malaysia, last sekali hari-hari boleh beli HONDA cash

Panas isu ayam tiada, akhirnya tauke ayam ini dedah perkara sebenar yang terjadi

CATEGORIES