Netizen kritik filem PULAU, ‘masuk hutan memang kene pakai seksi macam tu ke?’. Biasa kalau kita nak pergi camping atau berkhemah di tempat yang berhutan mestilah dah bersiap sedia secara luaran terutama daripada segi kaedah pemakaian selain barangan keperluan diperlvkan kan…? Nak pulak kalau di lokasi alam dan fauna ni lazimnya dihuni unggas macam nyamuk dan lain-lain haiwan yang suka menggigit dan berbisa. Kalau mereka dalam movie Pulau ni macam mana?
Kot tengok trailer para pelakon yang masuk ke lokasi nampak dikelilingi hutan tu, banyak ‘terdedahnya’. Itu antara dipertikaikan netizen yang gamaknya tak nampak relevennya masuk hutan dalam keadaan cenggitu.
“masuk hutan memang pakaian macam tu ka?”, “dasat filem akhir zaman n. lansung xde rasa malu”, “Semua jenis takcukup kain”, “Bajet matsaleh”, “Baru lepas usya pulau tadi rambang mata gak ah”.
“Jln cerita best.. Bab pakaian n so on bukn pelakon pon bersepah pakai bikini duk up kt tiktok, “Kalau taknak tgok takpayah laa komen ngative bagai”, “Bestt sgt movie pulau ni. Antara cerita horror malaysia yg bg sy jumpscare dia menjadi”.
Itu antara komen netizen pada ruangan komen hantaran pelakon, Amelia Henderson di IGnya itu. Yang pasti ramai juga yang tak puas hati dengan penampilan pelakon dalam berpakaian untuk filem itu.
View this post on Instagram
Dalam pada yang meng3ji, begitupun tak kurang juga memuji jalan ceritanya yang dikatakan tak kurang best. Ia dikatakan antara trailer movie yang membangkitkan adrenalin penonton untuk tak berganjak menontonnya.
Terdahulu Amelia dalam hantarannya berkongsi foto dirinya bersama dua pelakon wanita lain, selain barisan aktor dalam filem berkenaan. Berbaju tak berlengan, Amelia dan dua aktres itu dikatakan tampak s3ksi.
Menampakkan sebahagian dada, ketiga-tiga wanita dalam foto itu juga berseluar pendek yang dikatakan netizen tak sesuai untuk tontonan masyarakat selain, tak sesuai budaya dalam negara ini. Gitteww…
Begitupun Amelia dalam kapsyen hantarannya berkongsi perasaannya yang dia teruja dengan filem dilancarkan semalam itu selain banyak memori bersama disimpannya bersama pelakon terbabit.
Dia juga berkongsi rasa sayang dan bangga dengan semua pelakon dan mereka terlibat menjayakan karya itu, selain mengajak orang ramai untuk menonton. Jadi tengok sendiri baru nilai kena gigit nyamuk ke idok kannn…