Nenek 95 tahun kongsi amalan sebelum tidur elak nyanyuk

Nenek 95 tahun kongsi amalan sebelum tidur elak nyanyuk

Nenek 95 tahun kongsi amalan sebelum tidur elak nyanyuk. Seorang warga emas berusia 95 tahun berkongsi petua bagi mengatasi masalah nyanyuk meskipun telah meningkat usia.

Menerusi perkongsian video @doreentifani di TikTok baru-baru ini, warga emas tersebut yang merupakan neneknya berkongsi beberapa amalan yang dilakukannya sebelum tidur.

Antara amalan tersebut adalah membaca selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad dan beberapa surah yang terkandung dalam al-Quran.

“Nak tidur baca Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, empat qul semua itu. Lepas itu baca Laqad Jaa Akum, selawat Ulul Azmi, syafaat Nabi, selawat Fateh. Baca itu kalau nak masuk tidur,” katanya ketika disoal mengenai tips tingkatkan daya ingatan dan elak nyanyuk.

Nenek 95 tahun kongsi amalan sebelum tidur elak nyanyuk

Dalam pada itu, perkongsian pengguna tersebut turut mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya memuji amalan harian nenek berkenaan.

“Alhamdulillah tokmek (nenek) masih sihat itu lah keberkatan ayat al-Quran dan selawat. Semoga tokmek sentiasa sihat,” ujar @Roslina 249.

Malah, ada juga dalam kalangan pengguna media sosial yang lain berkongsi kisah nenek masing-masing yang turut mengamalkan cara sama untuk kuatkan ingatan mereka meskipun sudah tua.

“Alhamdulillah, macam arwah tok. Dalam keadaan nazak umur pun masih lagi baca yassin, tak nyanyuk,” kongsi @islam itu indah.

“Arwah nek wan (nenek) saya sokmo (selalu) pesan begitu, sebelum tidur baca surah-surah lepas itu kalau dia baca surah-surah itu sebelum tidur, dia dah tak bercakap dengn siapa-siapa,” kata @NNi.

Sehingga kini video tersebut telah menerima lebih 800,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Isnin lalu.

@doreentifani Replying to @Sarina Mamat Kia Rahsia Tokmek tak nyanyuk. #InspirasiRamadan #fyp ♬ original sound – doreentifani

Baca Lagi:
Sempat buat video ‘sweet’ kucup dahi sebelum masuk mahkamah syariah untuk tamatkan ikatan sebagai suami isteri
Lelaki ini enggan jual rumah teres, rumahnya jadi uzur selepas diapit projek kondo mewah kiri-kanan
Awie akhirnya dedah hubungan sebenar dengan Erra Fazira selepas tular gambar bersalam
CATEGORIES