Menang tanpa bertanding, Sanusi kekal Presiden KFA

Menang tanpa bertanding, Sanusi kekal Presiden KFA

Menang tanpa bertanding, Sanusi kekal Presiden KFA. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengekalkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA bagi penggal 2022-2026.

Pemilihan sempena Kongres Tahunan KFA ke-47 di Wisma Darul, Aman di sini, hari ini, turut menyaksikan Datuk Abdul Rahman Abdullah mengekalkan jawatan Timbalan Presiden manakala tiga Naib Presiden dimenangi Datuk Mohd Salleh Saidin, Muhammad Radhi Mat Din dan Datuk Syed Yusoff Syed Othman.

Menang tanpa bertanding, Sanusi kekal Presiden KFA

“Seramai lapan ahli eksekutif (exco) telah dipilih dan saya selaku Presiden KFA telah diberi peluang untuk melantik dua lagi exco tambahan bagi jawatan Setiausaha dan Timbalan Setiausaha. Lantikan itu akan dibuat pada mesyuarat ahli jawatankuasa pertama selepas sambutan Aidilfitri nanti.
“Sepatutnya, pemilihan ahli jawatankuasa penggal 2022-2026 ini dibuat pada November tahun lalu tetapi ada isu pemutihan dimana terdapat ahli gabungan yang belum mendaftar dengan Pesuruhjaya Sukan maka ia ditangguh ke tahun ini,” kata Muhammad Sanusi pada sidang media selepas kongres tersebut.

Dalam pada itu, katanya, satu pertandingan mencipta logo akan diadakan sempena Sambutan 100 Tahun KFA pada tahun hadapan.

“2024 genap 100 tahun KFA, satu legasi yang sangat panjang yang ada pasang surut…tetapi ada juga perkembangan menarik antaranya kita memiliki Wisma KFA sendiri di mana bangunan yang terletak berhampiran Stadium Darul Aman itu sedang dalam proses renovasi.

“Banyak lagi benda baharu yang kita umumkan dan diharapkan KFA akan terus maju jaya. Selain itu, seluruh kepimpinan ahli jawatankuasa penggal baharu ini berharap sukan bola sepak Kedah dan Malaysia akan terus berkembang secara sihat dengan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya.

Baca Lagi:
Nenek 95 tahun kongsi amalan sebelum tidur elak nyanyuk
Sempat buat video ‘sweet’ kucup dahi sebelum masuk mahkamah syariah untuk tamatkan ikatan sebagai suami isteri
Bekas kakitangan Kementerian Kewangan sorok wang RM10.9 juta dalam peti simpanan
CATEGORIES