Nasib malang! Lelaki Malaysia menang laga ayam ditembak penduduk Thailand

laga ayam 696x440 1 e1655370541660

Nasib malang! Lelaki Malaysia menang laga ayam ditembak penduduk Thailand.

Seorang lelaki Malaysia yang masuk ke Thailand secara haram bagi menghadiri acara laga ayam ditembak di Sungai Golok, lapor laman berita tempatan, Thaiger semalam.

Insiden malam Sabtu lalu itu menyaksikan lelaki berkenaan berenang kembali ke negara asalnya dalam keadaan tangannya berlumuran darah.

Menurut laporan, ayam laga milik lelaki berkenaan menang dalam perlawanan tersebut, namun nasibnya bertukar malang apabila sekumpulan penduduk Thailand yang tidak berpuas hati, bertindak menembaknya pada bahagian tangan ketika dia dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Nasib malang! Lelaki Malaysia menang laga ayam ditembak penduduk Thailand

Disebabkan bimbang berdepan masalah dengan pihak berkuasa Thailand, lelaki itu memilih untuk berenang masuk ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan.

Dia sebelum itu dikatakan pergi ke Thailand secara haram untuk menghadiri acara laga ayam yang diadakan di seberang Sungai Golok (sebelah Thailand).

Disebabkan enggan terlepas acara pembukaan, lelaki berkenaan masuk ke Thailand secara haram untuk menjimatkan masa meskipun beberapa rakannya menggunakan laluan yang sah.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia ditembak sebanyak tiga das oleh sekumpulan penduduk tempatan.

Salah satu tembakan itu mengenai bahagian tangannya.

Baca Lagi:

Beli gereja lama jadi masjid demi bapa

Rakaman tentera laut terjumpa kapal karam yang berisi penuh dengan emas, hasilnya amat mengejutkan

Tular video pemain skuad Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *