Beli gereja lama jadi masjid demi bapa

peresmian masjid at thohir los angeles amerika 220328072844 221 e1655352931960

Beli gereja lama jadi masjid demi bapa.

Keluarga Thohir dari Indonesia membeli sebuah gereja warisan sejarah di Los Angeles dan mengubahnya menjadi sebuah masjid.

Masjid At Thohir dirasmikan pada Ahad, 27 Mac 2022, dan dihadiri usahawan Muslim Indonesia Garibaldi Thohir.

Menurut Garibaldi Thohir, keinginan menghadiahkan masjid untuk komuniti warga Indonesia dan masyarakat Muslim Los Angeles tercetus pada 2015.

Beli gereja lama jadi masjid demi bapa

“Kami sekeluarga memang sering berlibur ke Los Angeles. Ayah sering mengeluh kalau mau shalat Jumat,” ujarnya.

Walaupun Haji Mochamad Thohir, meninggal dunia pada 2016, Garibaldi sekeluarga nekad melaksanakan impian ayahnya untuk menghadiahkan sebuah masjid milik warga Indonesia untuk Los Angeles.

Hasil sumbangan warga Indonesia serta sokongan bandar Los Angeles, bangunan gereja lama yang dibina pada 1920 itu direnovasi menjadi masjid. Garibaldi berharap masjid itu dapat mengangkat nama komuniti Muslim Indonesia di LA sebagai contoh ‘penerapan Islam yang membawa damai’.

“Masjid ini juga semoga bisa memakmurkan masyarakat Indonesia di Los Angeles ini,” ujar usahawan itu lagi.

Duta Besar Republik Indonesia ke Amerika Syarikat Roosan P Roslani dalam acara perasmian memanjatkan kesyukuran di atas kehadiran Masjid At Thohir.

Menurutnya, kehadiran masjid ini melengkapi jajaran masjid di Amerika milik warga Indonesia. “Ini adalah masjid keenam di Amerika dimiliki oleh WNI,” kata Roosan.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka, Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga”
~Riwayat al-Bukhari & Muslim

Terima kasih Pak Garibaldi dan keluarga Thohir.

Baca Lagi:

Macam drama ‘Money Heist’, perompak bersenjata bawa lari 20 kontena penuh dengan emas & perak

Budak viral nangis masa Malaysia kalah, dapat hadiah istimewa dari Safiq Rahim

Rakaman tentera laut terjumpa kapal karam yang berisi penuh dengan emas, hasilnya amat mengejutkan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *