Nasi beriani jadi ‘penyelamat’ nyawa lelaki daripada bunuh diri

Nasi beriani jadi ‘penyelamat’ nyawa lelaki daripada bunuh diri

Nasi beriani jadi ‘penyelamat’ nyawa lelaki daripada bunuh diri. Polis menggunakan strategi pelik termasuk menawarkan satu set nasi beriani dan peluang pekerjaan kepada seorang lelaki supaya dia tidak terjun dari sebuah jambatan di Kolkata, India, lapor portal berita Wion News semalam.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan), Isnin lalu dan menyebabkan jalan raya sesak hampir sejam.

Pada hari kejadian, mangsa menaiki sebuah motosikal bersama anak perempuannya dan berhenti berhampiran jambatan tersebut. Dia memberitahun bahawa telefon bimbitnya terjatuh di atas jalan raya.

Nasi beriani jadi 'penyelamat' nyawa lelaki daripada bunuh diri

Si anak keliru apabila melihat bapanya memanjat palang besi dan mengancam untuk terjun dari jambatan itu.

Tidak lama kemudian, anggota-anggota Pasukan Pengurusan Bencana Polis Kolkata dan bomba tiba di lokasi kejadian.

Mereka memujuk lelaki tersebut dengan menawarkan kepadanya satu set nasi berani bersama peluang pekerjaan.

‘Drama itu’ berakhir dengan lelaki berkenaan memutuskan untuk tidak terjun dari jambatan tersebut.

Baca Lagi:
Sejarah baharu! Malaysia ikat pasukan berkelas dunia Korea Selatan yang menguasai bola 81%
“Isteri terkejut tahu tabiat pelik suami, selama ni dia selalu ludah dalam air minuman aku”
“Dah 3 kali kahwin cerai, sekarang umur aku 55 tahun masih ramai lelaki datang dekat”
CATEGORIES