Nak jadi kaya kena ikut 5 mindset orang kaya dalam dunia kewangan

Nak jadi kaya kena ikut 5 mindset orang kaya dalam dunia kewangan

Nak jadi kaya kena ikut 5 mindset orang kaya dalam dunia kewangan.

Menjadi orang kaya adalah impian semua orang, tetapi tahukah anda bagaimana akan kehidupan mereka?

Kebanyakan daripada mereka telah bekerja keras untuk menambahkan lagi aset mereka. Orang kaya sangat bijak dalam menjadikan diri mereka kaya raya.

Mereka mencapai status kekayaan melalui usaha dan pelbagai jenis cabaran yang berliku. Mereka juga mempunyai pemikiran yang agak berbeza dalam dunia kewangan bagi membantu menjaga dan membina kekayaan mereka. Dalam entri kali ini, kami akan kongsikan mindset orang kaya dalam dunia kewangan yang patut anda contohi.

1. Mencari Jalan Menyelesaikan Masalah Yang Mendatang

Nak jadi kaya kena ikut 5 mindset orang kaya dalam dunia kewangan

Ramai orang kaya menghabiskan kira-kira 10.5 jam sebulan hidup mereka hanya untuk merancang pelaburan yang dijalankan. Oleh itu, masalah mungkin sering terjadi. Berbeza dengan kita, pasti akan mengalah dengan segera. Betul tak?

Pada mindset orang kaya, mereka akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang datang kepada mereka. Mereka tahu sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dengan baik, mereka akan mengalami kerugian dalam bisnes dan pelaburan yang diceburi.

2. Sentiasa Belajar Daripada Kegagalan

Nak jadi kaya kena ikut 5 mindset orang kaya dalam dunia kewangan

Kita sememangnya sentiasa mengalami kegagalan tetapi adakah kita belajar daripada kesilapan tersebut? Jika ya, syabas! Mindset anda juga sama seperti orang kaya dalam dunia kewangan.

Orang kaya sememangnya sentiasa belajar daripada kegagalan yang diperoleh mereka terutamanya dalam bidang kewangan. Mereka biasanya akan berwaspada dengan sebarang kesilapan yang pernah terjadi kepada bisnes mereka sebelum ini. Cara terbaik untuk belajar daripada kesilapan kita adalah dengan meletakkan diri kita di luar zon keselesaan.

3. Berani Mengambil Risiko
Risiko sentiasa memberi gambaran tentang bahaya atau ketakutan yang disebabkan oleh kekurangan pengetahuan tentang sesuatu perkara. Walaupun kebanyakan daripada kita biasanya akan lari daripada sebarang risiko, namun bagi mindset orang kaya, mereka biasanya akan berani untuk mengambil risiko. Mereka akan menukarkan mindset ketakutan kepada sesuatu yang positif.

Apabila berkaitan dengan risiko juga, orang kaya akan membuat analisis sebelum melakukan sesuatu perniagaan ataupun pelaburan. Mereka juga akan mempercayai analisisnya dan tidak akan membiarkan sesiapa sahaja mengubah keputusan mereka. Oleh itu, jangan takut untuk mengambil risiko jika anda telah membuat analisis dan yakin dengan keputusan tersebut.

4. Ingin Dikelilingi Oleh Kumpulan Yang Berfikiran Positif

Nak jadi kaya kena ikut 5 mindset orang kaya dalam dunia kewangan

Kita ketahui bahawa rakan akan mempengaruhi kehidupan kita tidak kiralah berkaitan dengan apa jua perkara. Bagi orang kaya, mindset mereka sering ingin berkawan dan dikelilingi oleh kumpulan yang mempunyai fikiran positif. Dengan berada dalam kumpulan (circle) positif, ia akan membuatkan sesiapa sahaja menjadi seperti kelompok kumpulan tersebut.

Selain itu, dengan berada dalam kelompok yang berfikiran positif akan membuat kita sentiasa berada di landasan yang betul. Mereka juga sering memastikan kita mempunyai sifat bertanggungjawab ke atas tindakan dan keputusan yang telah dibuat.

5. Bijak Dalam Mengurus Kewangan

Nak jadi kaya kena ikut 5 mindset orang kaya dalam dunia kewangan

Mindset orang kaya yang terakhir dan yang paling utama dalam dunia kewangan adalah mereka bijak menguruskan kewangan dan mereka berbelanja mengikut keperluan sahaja.

Dalam erti kata lain, mereka tahu sempadan perbelanjaan mereka dan tidak akan berbelanja melebihi sempadan tersebut. Apa yang penting bagi orang kaya adalah untuk menjadi kaya dan bukannya kelihatan kaya.

Akhir kata, mindset orang kaya dalam dunia kewangan di atas sememangnya perlu dicontohi oleh kita semua untuk memberikan kehidupan yang baik walaupun tidak sekaya seperti jutawan.

Mindset seperti mereka juga mampu mengubah cara anda menguruskan kewangan anda dalam semua aspek yang berkaitan dengan kewangan. Semoga dengan entri ini, ia mampu memberi sedikit sebanyak manfaat buat anda dalam mencontohi mindset orang kaya dari segi kewangan.

Sebenarnya kita tak perlu nak menghadap pasaran saham setiap hari.

Tak perlu lari-lari dari kerja hakiki. Tak kisahlah anda seorang doktor, engineer, cikgu, lecturer, property agent, yang kerja gomen atau swasta mahupun yang bisnes sendiri.

Baca Lagi:

“Tahu dah kaya jangan sampai menghina”, netizen berang gadis ini hina kereta Kancil

Ini perbezaan orang kaya dan orang banyak duit, nampak sama tapi tak serupa

Wanita kedua terkaya Australia mahu derma semua kekayaannya bernilai RM50 Bilion

CATEGORIES