Ayah menangis anak dapat skor 6/100 ujian Matematik

Ayah menangis anak dapat skor 6/100 ujian Matematik

Ayah menangis anak dapat skor 6/100 ujian Matematik.

Seorang ayah di China menangis selepas anak lelakinya hanya meraih skor 6/100 dalam mata pelajaran matematik setelah melakukan tuisyen kendiri kepada selama setahun.

Sebuah video yang dimuat naik oleh aplikasi Weibo oleh China Qilu Evening News mengenai bapanya yang mengesat air mata di dalam bilik tidur telah menjadi tular di seluruh China, lapor Mothership.

Video tersebut mebimbulkan rasa simpati dalam kalangan pengguna media, namun pada masa yang sama ada yang menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang kelakar. Malah, jelas kedengaran si isteri yang ketawa di belakang lensa kamera.

Ayah menangis anak dapat skor 6/100 ujian Matematik

Difahamkan, si ayah itu menangis disebabkan kecewa setelah menerima kad laporan peperiksaan akhir tahun anak lelakinya bagi subjek matematik apabila hanya meraih skor 6/100.

Menurut Mothership, lelaki itu berjaga pada setiap malam hanya untuk memberikan tuisyen kepada anaknya setiap hari sejak setahun yang lalu.

“Saya sudah tidak kisah lagi, usaha saya hanya sia-sia, biar dia rasa sendiri susah payah,” ucap lelaki tersebut menerusi video, lapor Mothership.

Plot twist

Media Taiwan ET Today melaporkan kekecewaan bapa itu berpunca daripada keputusan anaknya yang sebelum ini konsisten dengan 40 hingga 50 markah dan pernah juga mendapat 80 hingga 90 kadang-kadang.

Namun, selepas dia mengadakan tuisyen kepada anaknya selama setahun, keputusan tersebut bertukar kepada hanya enam daripada 100 merupakan tamparan hebat kepada si bapa.

Reaksi

Kebanyakan mereka yang melihat video tersebut bersimpati dengan nasib yang menimpa si bapa dengan kesukaran mendidik anak ketika zaman yang semakin moden pada pada hari ini.

Walau bagaimanapun, banyak komen mengatakan bahawa markah enam daripada 100 itu adalah melampau dan sangat sedikit. Ada juga yang katakan bahawa hal itu adalah cerminan kebolehan subjek Matematik si bapa sebagai guru tuisyen.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat bahawa itu adalah tanda protes si anak kepada si bapa dengan meninggal ‘kosong’ pada ruang jawapan pada kertas peperiksaan.

Baca Lagi:

[VIDEO] Menangis ketika peluk Islam, gadis Filipina kongsi pengalaman

Kematian yang dicemburui, jemaah surau menangis bila ‘Husain Gila’ meninggal

Normah Damanhuri menangis Kak KM hadiah kereta bayar ‘cash’

CATEGORIES