Perompak naik Ysuku tak jadi pecah masuk rumah setelah kantoi wajah dirakam CCTV

Perompak naik Ysuku tak jadi pecah masuk rumah setelah kantoi wajah dirakam CCTV

Perompak naik Ysuku tak jadi pecah masuk rumah setelah kantoi wajah dirakam CCTV.

Seorang lelaki terpaksa melupakan hasratnya untuk memecah masuk sebuah kediaman selepas menyedari aksinya sedang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut pemilik kediaman tersebut, Hans, 30, cubaan jenayah itu berlaku di rumahnya yang terletak di Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur kira-kira pukul 5.47 petang, Isnin.

Ketika dihubungi mStar, Hans berkata ia merupakan kejadian pertama seumpamanya selepas dua tahun menetap di kediaman itu bersama isteri anak-anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kejadian itu berlaku pada 27 Jun, lebih kurang pukul 5.47 petang. Pada masa itu, tiada sesiapa berada di rumah. Seorang anak di taska, seorang lagi dengan mak mentua. Kebetulan saya sedang bekerja.

“Isteri pula baru balik kerja. Isteri saya sampai pada pukul 5.51 petang, lima minit lepas lelaki itu keluar dari kawasan rumah kami. Isteri hantar WhatsApp kepada saya, dia tanya ada buka sliding door ke?

“Dia juga maklumkan pagar rumah kami terbuka luas. Saya rasa pelik sebab sliding door tu memang rosak tak boleh lock, sentiasa tutup rapat. Pagar pun saya tutup masa nak keluar.

Baca Lagi:

Macam drama ‘Money Heist’, perompak bersenjata bawa lari 20 kontena penuh dengan emas & perak

Lelaki pukul dua perompak sampai mati, didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh

[VIDEO] Budak lelaki berani kejar perompak bermotosikal

CATEGORIES