Misteri cahaya hijau muncul di Afrika Selatan, penduduk syaki pencerobohan makhluk asing

Misteri cahaya hijau muncul di Afrika Selatan, penduduk syaki pencerobohan makhluk asing

Misteri cahaya hijau muncul di Afrika Selatan, penduduk syaki pencerobohan makhluk asing.

Penduduk di Pietermaritzburg, Afrika Selatan terkejut bercampur keliru selepas menyaksikan satu fenomena ‘luar biasa’ di ruang angkasa baru-baru ini.

Penampakan ‘cahaya hijau yang panjang’ di dada langit sekitar pukul 8 pagi, Rabu lalu, mencetuskan pelbagai teori konspirasi di media sosial.

Misteri cahaya hijau muncul di Afrika Selatan, penduduk syaki pencerobohan makhluk asing

Menurut News24, terdapat laporan mengenai objek seperti ‘asteroid hijau’ jatuh dari langit pada waktu berkenaan.

Ia menyaksikan pengguna media sosial membanjiri laman Facebook untuk mengesahkan penampakan tersebut.

Dalam tempoh beberapa jam, ramai warganet turut melaporkan penampakan serupa dan segelintir daripadanya membuat andaian fenomena tersebut sebagai ‘pencerobohan makhluk asing’.

Cahaya hijau bersama-sama objek seperti asteroid itu berkelip di langit untuk jangka masa yang singkat.

Penampakan serupa turut disahkan oleh penduduk di Durban dan Johannesburg.

Baca Lagi:

Dah cari padah menyelit depan lori, selamba berhenti tengah jalan konon rakam bukti

Peniaga sanggup redah api selamatkan barangan emas bernilai dua juta

“Jumpa dekat akhirat nanti ya” lelaki pertikai siapa buat prosedur nikah di Malaysia macam ni

CATEGORIES