Pencuri tertidur 6 jam dalam kereta mangsa, tuan kereta datang pun masih nyenyak tidur

Pencuri tertidur 6 jam dalam kereta mangsa, tuan kereta datang pun masih nyenyak tidur

Pencuri tertidur 6 jam dalam kereta mangsa, tuan kereta datang pun masih nyenyak tidur.

Siapa yang jenis kalau masuk kereta je auto mengantuk? Kadang-kadang tu, kereta tak bergerak jauh pun lagi tapi mata dah rasa berat.

Rasanya seorang pencuri ini juga jatuh dalam kategori orang begini kerana dia telah tertidur selama enam jam dalam kereta yang cuba hendak dicurinya.

Pencuri Tertidur 6 Jam Dalam Kereta Mangsa, tuan kereta datang pun masih nyenyak tidur

The Sun melaporkan, insiden pelik tapi benar itu berlaku di West Midlands, England sekitar jam 3 pagi pada Jumaat lalu. Ketika kejadian, pasangan Zoe dan Simon Reed sedang tidur dan tidak perasan akan notifikasi WhatsApp kejiranan yang meminta penduduk setemat berhati-hati kerana ada yang terlihat seorang lelaki bertindak mencurigakan berdekatan kenderaan penduduk disyaki cuba untuk melakukan jenayah.

“Kami hanya perasan mesej itu pada keesokan pagi. Kami segera periksa melalui tingkap dan perasan kereta kami masih berada di perkarangan rumah. Kami tak syaki apa-apa sehinggalah anak kami datang dan memberitahu dia terjumpa seorang lelaki tak dikenali sedang tidur dalam kereta Audi kami,” kata Zoe, 46.

Sebagai ibu bapa, Zoe menjelaskan dia dan suaminya panik kerana risau dua anak lelakinya, Dan, 12 dan Carter, 8, diapa-apakan. Pun begitu, apabila pasangan terbabit tiba di perkarangan rumah iaitu lokasi dimana kereta Audi Q7 itu diparkir, mereka menemukan lelaki tak dikenali itu masih nyenyak tidur.

Zoe dan suaminya yang masing-masing bekerja sebagai akauntan berkata, mereka memilih untuk tidak mengejutkan lelaki itu sehinggalah polis tiba.

“Bila polis sampai, benda pertama yang lelaki tu cakap adalah, kamu (polis) tak boleh tahan saya kerana mencuri sebab saya tak larikan apa-apa lagi,” kata Zoe.

Difahamkan, ketika ditemui, lelaki yang tak didedahkan identitinya itu telah mengambil sejumlah wang, headphone, CD dan beberapa barangan peribadi di dalam kereta itu. Namun, pencuri terbabit tertidur sebelum sempat melarikan apa-apa.

Pencuri Tertidur 6 Jam Dalam Kereta Mangsa, tuan kereta datang pun masih nyenyak tidur

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), lelaki berkenaan dirakam pada awal pagi di kawasan kejiranan terbabit semasa cuba untuk memecah masuk beberapa kenderaan sebelum memilih kenderaan pasangan Reed.

“Saya tak tahu nak gelak atau rasa takut sebab ada pencuri pecah masuk kereta. Anak-anak saya rasa insiden ini kelakar,” kata Zoe lagi.

Baca Lagi:

“Jumpa dekat akhirat nanti ya” lelaki pertikai siapa buat prosedur nikah di Malaysia macam ni

Memalukan! Di luar negara, orang guna ‘water removal tool’ Di Malaysia, guna penyodok sampah penyodok sampah tolak air bertakung

Dah cari padah menyelit depan lori, selamba berhenti tengah jalan konon rakam bukti

CATEGORIES