Merokok semasa memandu antara 12 kesalahan dikesan semasa penyamaran JPJ

Merokok semasa memandu antara 12 kesalahan dikesan semasa penyamaran JPJ

Merokok semasa memandu antara 12 kesalahan dikesan semasa penyamaran JPJ.

Merokok semasa memandu dan menggunakan telefon bimbit antara 12 kesalahan yang direkodkan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Op Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2022.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, perbuatan berbahaya dan tidak bertanggungjawab yang dilakukan pemandu bas ekspres itu dikesan melalui penyamaran anggota JPJ sebagai penumpang.

Katanya, kesalahan berkenaan direkodkan dengan bukti bergambar di mana saman akan dikeluarkan selepas kenderaan itu tiba di destinasi.

Merokok semasa memandu antara 12 kesalahan dikesan semasa penyamaran JPJ

“Dalam operasi bermula Khamis lalu, dua anggota JPJ akan menaiki bas ekspres di mana mereka ini menyamar sebagai penumpang untuk mengesan pemandu bas yang gagal mematuhi peraturan.

“Sebanyak 12 kesalahan berjaya dikesan membabitkan tindakan memandu di lorong kanan secara berterusan, melanggar lampu isyarat merah, leka berbual dan gagal mengemukakan lesen memandu kenderaan awam,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyertai Op HRAA di Meru di sini malam tadi.

Menurut beliau, tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 telah diambil terhadap enam pemandu bas berusia antara 35 hingga 40 tahun itu dan notis saman turut dikeluarkan kepada syarikat bas berkenaan.

“JPJ Perak menggerakkan empat pasukan untuk melaksanakan tugasan penyamaran yang akan menaiki bas ekspres ke mana-mana destinasi di seluruh negara.

“Selain gambar, mereka ini akan mencatatkan lokasi kesalahan itu dilakukan dan menyerahkan notis saman kepada pemandu semasa bas sampai ke destinasi,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Yusoff berkata, sepanjang dua hari operasi, sebanyak 631 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pemandu kenderaan yang didapati tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Katanya, daripada jumlah itu, kesalahan tidak memiliki lesen memandu merekodkan saman tertinggi iaitu 201 kes.

“Hasil pemeriksaan kita dapati, kalangan orang tua pun ada yang memandu tanpa lesen.

“Kesalahan begini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka perlu sedar untuk menggunakan kenderaan dan kemudahan jalan raya, perlu ada lesen memandu,” katanya.

Baca Lagi:

“Bukan ke dilarang merokok dalam pengangkutan awam? Macam mana lesen boleh lulus ni.”- netizen

Wanita menyamar jadi calon, duduki 150 ujian memandu untuk orang lain

Guna telefon bimbit ketika memandu, anggota polis disaman

CATEGORIES