Guna telefon bimbit ketika memandu, anggota polis disaman

Guna telefon bimbit ketika memandu, anggota polis disaman

Guna telefon bimbit ketika memandu, anggota polis disaman.

Polis telah mengambil tindakan saman terhadap anggotanya yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta Proton Preve di Lebuhraya Persekutuan menghala Petaling Jaya pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya terkesan sebuah video tular berdurasi 14 saat memaparkan berkaitan insiden tersebut.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 9 pagi Ahad, anggota polis yang terlibat telah dipanggil untuk siasatan dan saman telah dikeluarkan terhadap pemandu tersebut di bawah Kaedah 17(A) LN 166/59,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Fakhrudin berkata, kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika menjalankan tugas,” tegasnya.

Baca Lagi:

Wanita maut, kepala terkena serpihan patung batu kuil jatuh tiba-tiba

Cinta berputik di sawah padi, warga emas tersenyum tanpa henti nikah janda berumur 19 tahun

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

CATEGORIES