Menteri Pertahanan umum mahu wujudkan kebun sayur disetiap kem askar

Menteri Pertahanan umum mahu wujudkan kebun sayur disetiap kem askar

Menteri Pertahanan umum mahu wujudkan kebun sayur disetiap kem askar.

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) meminta Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein mendedahkan rancangan terperinci berhubung cadangan mewujudkan kebun sayur di setiap kem tentera seperti yang diumumkannya.

Presidennya, Brig-Gen (B) Arshad Raji menimbulkan persoalan berhubung penglibatan angkatan tentera dalam cadangan itu.

“Kita juga perlu bertanya sejauh mana anggota tentera negara kita perlu terlibat dalam kerjaya baharu ini,” katanya dalam kenyataan.

“Adakah bahagian atau platun pekebun sayur akan dibentuk di setiap kem? Adakah dana khas yang diperuntukkan oleh menteri untuk tujuan ini?”

Menteri Pertahanan umum mahu wujudkan kebun sayur disetiap kem askar

Hishammuddin semalam berkata, Kementerian Pertahanan menyasarkan untuk mewujudkan kebun sayur di setiap kem tentera di seluruh negara bagi memastikan bekalan makanan terjamin, terutamanya bagi keperluan anggota tentera.

Katanya, Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan, telah dipilih sebagai projek perintis.

Arshad berkata, idea Hishammuddin menggambarkan anggota tentera akan dibebani dengan tanggungjawab tambahan menjadi pekebun sayur, di samping tugas hakiki mereka.

Walaupun beliau mengakui jaminan makanan adalah isu mendesak yang harus ditangani segera, beliau berkata, rancangan itu tidak akan berfungsi dengan baik dengan kepimpinan angkatan tentera.

“Ini kerana formasi dan unit angkatan tentera mempunyai jadual latihan tetap mereka tersendiri yang perlu dipenuhi bagi memastikan keadaan kesediaan sentiasa pada tahap terbaik.

“Menjadikan askar pekebun sayur akan menghalang mereka daripada (menjalani) latihan ketenteraan yang penting,” katanya.

Baca Lagi:

Jalin hubungun sulit dengan isteri, lelaki saman sahabat karib RM790,000

Kakitangan perubatan secara tidak sengaja ‘terpenggal’ kepala bayi, ditinggal di dalam rahim

Guru tadika dedah gaji cuma RM450 sebulan buat orang ramai terkejut

CATEGORIES