Kakitangan perubatan secara tidak sengaja ‘terpenggal’ kepala bayi, ditinggal di dalam rahim

Kakitangan perubatan secara tidak sengaja ‘terpenggal’ kepala bayi, ditinggal di dalam rahim

Kakitangan perubatan secara tidak sengaja ‘terpenggal’ kepala bayi, ditinggal di dalam rahim.

Seorang wanita di Pakistan terpaksa berdepan dengan detik trauma dalam hidup apabila kepala bayinya dipenggal secara tidak sengaja oleh seorang kakitangan perubatan sebelum ditinggalkan di dalam rahimnya.

Menurut laman berita NDTV, kejadian tersebut berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Sindh, Ahad lalu.

“Wanita berusia 32 tahun itu pada awalnya telah pergi ke sebuah pusat perubatan pedalaman (RHC) di kawasan tempat tinggalnya.

“Namun, disebabkan tiada doktor sakit puan, kakitangan tidak berpengalaman itu telah menyebabkan dia berdepan dengan trauma,” kata ketua unit ginekologi Universiti Perubatan dan Kesihatan Liaquat (LUMHS), Profesor Raheel Sikander.

Menurut Raheel, kakitangan tersebut terpenggal kepala bayi berkenaan di dalam rahim wanita itu dan tidak mengeluarkannya.

Kakitangan perubatan secara tidak sengaja 'terpenggal' kepala bayi, ditinggal di dalam rahim

Gambar hiasan

Ketika pesakit tersebut berdepan dengan situasi kritikal, dia dikejarkan ke sebuah hospital terdekat di bandar Mithi, di mana tiada kemudahan untuk merawatnya.

Mereka kemudian membawanya ke LUMHS, di mana keseluruhan mayat bayi berkenaan dibawa keluar dari rahim wanita itu. Tindakan pantas tersebut dapat menyelamatkan pesakit itu.

Susulan insiden itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Sindh, Dr. Juman Bahoto telah mengarahkan siasatan dijalankan bagi kes tersebut.

Jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti kejadian sebenar terutamanya situasi ketiadaan pakar ginekologi dan kakitangan wanita di RHC tersebut.

Baca Lagi:

MB Terengganu galakkan rakyat cipta pekerjaan sendiri

Guru tadika dedah gaji cuma RM450 sebulan buat orang ramai terkejut

Memandu pakai selipar atau berkaki ayam akan disaman? Ini penjelasan JPJ ramai yang belum tahu

CATEGORIES