Masih tiada jalan penyelesaian, peniaga pasar Siti Khadijah mohon selesai masalah air

Masih tiada jalan penyelesaian, peniaga pasar Siti Khadijah mohon selesai masalah air

Masih tiada jalan penyelesaian, peniaga pasar Siti Khadijah mohon selesai masalah air.

Lebih 300 peniaga di Pasar Siti Khadijah di sini berdepan masalah ketiadaan air sejak tiga hari hari lalu sehingga menyukarkan keadaan mereka menjalankan perniagaan.

Peniaga ayam, Muhammad Hisyamuddin Jusoh, 31, berkata, masalah air di kawasan berkenaan menyebabkan dia terpaksa menyediakan tong air 40 liter untuk mengisi bekalan air bersih dan mengangkutnya dari kawasan rumah di Sungai Keladi, yang terletak lebih lima kilometer.

Masih tiada jalan penyelesaian, peniaga pasar Siti Khadijah mohon selesai masalah air

“Inilah rutin kami, apabila tiada air maka kami perlu mendapatkan bekalan air bersih dan mengangkutnya dari rumah.

“Sampai bila kami hendak berhadapan masalah ini? Kami harap pihak berwajib dapat menyelesaikan isu ini dengan segera,” katanya ketika ditemui semalam.

Peniaga ikan, Muhammad Jabar Mat Yacob, 31, berharap isu air di kawasan pasar berkenaan dapat diselesaikan segera.

“Sebenarnya masalah ini dihadapi peniaga lebih dua tahun lalu ketika pandemik Covid-19 dan sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian.

“Kami pun buntu dan tidak tahu apa yang menyebabkan keadaan ini berlarutan. Kami mohon masalah ini dapat diberi perhatian sewajarnya.

“Lagipun di kawasan pasar inilah kami mencari rezeki dengan berniaga. Selepas keadaan pulih daripada pandemik Covid-19, kami baru sahaja boleh berniaga seperti biasa setelah sektor ekonomi kian pulih,” katanya.

Muhammad Jabar berkata, sebagai alternatif, pengurusan pasar itu atau pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu menyediakan paip di kawasan jualan agar memudahkan peniaga mengangkut air.

“Di bahagian pasar basah ini hanya dua paip utama disediakan dan keadaan itu turut menyukarkan kami apabila perlu berkongsi paip yang terletak jauh dari kawasan jualan,” katanya.

Sementara itu, peniaga makanan, Sarina Soleh, 51, berkata, dia terpaksa menyediakan air yang diangkut dari rumahnya walaupun kedai makan yang diusahakan terletak di tingkat atas.

“Memang amat memenatkan sebab saya perlu angkut lebih 10 botol air besar bersama bantuan pekerja ke tingkat atas. Namun itulah yang perlu kami lakukan dan saya terpaksa bersedia dengan bekalan air bersih dalam botol kerana masalah bekalan kerap kali berlaku sehingga kami sudah lali,” katanya.

Baca Lagi:

Ahli perniagaan tersilap buang plastik hitam berisi duit RM90,000, diangkut lori sampah

[VIDEO] Laungan tolak wahabi oleh sekumpulan lelaki ‘menggegarkan’ forum dihadiri Dr Maza di Kelantan

Cinta ditolak janda muda, lelaki balas dendam bunuh si anak

CATEGORIES