Ubah rumah ala ‘Kuil’, pemilik bakal dikenakan tindakan

ezgif 3 ce308a8e93 e1654602378757

Ubah rumah ala ‘Kuil’, pemilik bakal dikenakan tindakan.

Pemilik sebuah kediaman di Taman Surian, Mantin, dekat sini, bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan pengubahsuaian kediaman ala kuil tanpa kelulusan.

Tindakan tersebut diambil selepas Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menyerahkan beberapa notis sebelum ini agar pemilik rumah berkenaan tidak meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian.

Menurut Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali, pihaknya kini sedang menyiapkan proses dokumentasi bagi mengambil tindakan undang-undang lanjut terhadap pemilik terbabit.

Ubah rumah ala 'Kuil', pemilik bakal dikenakan tindakan

Tambahnya, kali terakhir MBS memberikan notis kepada pemilik rumah ala kuil berkenaan pada 14 April lalu namun tidak diendahkan.

“Kami memang telah berikan notis kepada pemilik untuk merobohkan, namun disebabkan tiada tindakan dan pembinaan terus dilakukan jadi kami bawa ke peringkat seterusnya iaitu bagi tindakan undang-undang,” katanya.

Pihak penguatkuasa MBS telah mengambil tindakan awal dengan menutup kediaman berkenaan hari ini.

Masri berkata, pihaknya mengesahkan menerima aduan daripada jiran pemilik rumah tersebut yang mendakwa tindakan pengubahsuaian berkenaan telah menimbulkan rasa tidak selesa kepada penduduk sekitar.

Sebelum ini tular di media sosial seorang lelaki yang didakwa jiran kepada pemilik rumah berkenaan membuat laporan polis selepas mendapati kediaman berkenaan diubah suai menjadi kuil tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.

Pihak MBS didakwa telah mengeluarkan notis arahan sebanyak tiga kali sepanjang tempoh bermulanya pengubahsuaian dari tahun 2019 untuk memberhentikan kerja kerana pengubahsuaian dilakukan tanpa kelulusan.

Menurut jiran berkenaan, Halim Hassan, pemilik kediaman dipercayai mencabut ‘tali kuning’ yang telah dipasang, dan meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian.

“Dia masih meneruskan pengubahsuaian rumah yang kelihatan seperti kuil itu tanpa mengikut tatacara keselamatan sehingga menyebabkan keretakan pada rumah saya dan masih belum dibaiki sehingga kini.

Walaupun notis dikeluarkan hingga ke hari ini pihaknya masih lagi menjalankan pengubahsuaian dan penambahan yang melampau hingga merosakkan beberapa tempat di rumah saya seperti retak, bocor dan lembap di dinding bilik dan ruang tamu,” katanya.

Sebuah portal melaporkan, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Baca lagi: 

Isteri orang dicekup khalwat di hotel, alasan nak pergi kelas senam aerobik

Cinta ditolak janda muda, lelaki balas dendam bunuh si anak

Ibu luah rasa kecewa anak jadi kemurungan setelah rambut di potong sampai tobek oleh guru disiplin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *